Yi Technology telah mengumumkan sebuah kamera mirrorless yang boleh dikatakan termurah di pasaran setakat ini dengan nilai jualan $330usd lebih kurang dalam RM1300. Rupabentuk kamera ini mirip kamera Leica dan bagi peminat Leica yang inginkan kamera seperti Leica dengan harga murah, pastinya M1 ini menjadi pilihan dalam penjimatan.

Walaupun dengan harga yang murah, jangan pandang enteng spesifikasi kamera ini. Kami berpendapat kamera ini, mempunyai kehebatan tersendiri memandangkan mereka menggunakan sensor mirrorless “Sony IMX269 Micro Four Thirds” yang berkeupayaan menghasilkan gambar resolusi 20 Megapixel. Dan dengan harga tersebut, kamera ini dipadankan dengan lensa zoom 12-40mm f2.5-5.6. Juga terdapat pilihan kamera dan dua lensa iaitu 12-40mm f2.5-5.6 dan 42.5mm f1.8 pada harga $450usd.

m1lens-0

Jom kita lihat apa lagi spesifikasi kamera ini.

  • M1 boleh merakam gambar RAW dan ISO sehingga 25,600
  • Boleh merakam video 4k
  • Mempunyai shutter mekanikal
  • LCD berukuran 3inci di belakang kamera (Sokongan Wi-Fi dan Bluetooth LE juga ada)
  • Terdapat 2 warna kamera iaitu Hitam dan Kelabu

Anda boleh membeli Yi M1 bermula dari $ 330 pada 23 September dari JD.com atau daripada laman web Yi.

Gambaran kamera adalah seperti di bawah.

id182819 id182821 id182823