Pastinya anda semua masih ingat lagi akan hasil karya Panorama daripada Tuan Shamsul Kamal Hj Zakaria yang kami keluarkan pada minggu lepas. Hari ini kami bawakan khas tutorial beliau untuk kita pelajari serba sedikit bagaimana mencipta foto Panorama daripada perspektif beliau sendiri. Jom pelajari teknik ringkas ini seperti di bawah : 

1.Komposisi dan subjek

Mencari komposisi dan subjek antara perkara utama dalam penceritaan sebuah foto. Perlu bijak untuk memperlihatkan momen yang kreatif dalam foto panorama. Antara elemen WoW yang sering beliau gunakan untuk menaikkan mood bicara Panorama adalah dengan adanya elemen-elemen seperti garisan, shape, texture, warna, pattern dan juga gelap atau terang (lebih kepada gambar hitam putih).

2.Teknik Penggambaran

Teknik penggambaran iaitu ‘Bertindih’ digunakan dalam anggaran 12 foto atau 12 frame bermula dari kiri ke kanan sehingga selesai.

Antara peralatan penting yang digunakan adalah tripod yang kukuh, dan filter (menggunakan filter CPL sahaja sudah memadai, namun kadangkala beliau akan menambah filter GND 4 atau 8 bagi menggelapkan foto dan menaikkan apa yang patut bagi mengkayakan warna yang sedia ada).

Bagi kamera pula, beliau sering menggunakan mode Aperture pada bukaan f11 – f16, dengan setting Auto White Balance, Shutter Speed dan ISO secukupnya bergantung kepada keadaan.

3.Teknik Peyuntingan

Setelah selesai foto dirakam, ia kemudiannya disunting dalam photoshop dengan langkah-langkah seperti foto di atas. 

Kami harap anda dapat mencuba teknik Panorama ini dan mampu untuk menghasilkan gambar panorama yang indah. Selamat Mencuba.

 

Artikel oleh Zanariah Salam