Pemasaran sangat mudah jika anda buat dengan cara yang betul. Tetapi sebelum itu, anda perlulah yakin dengan hasil kerja anda, untuk tingkatkan keyakinan anda. Mungkin anda boleh cuba mendapatkan pandangan pakar mengenai hasil foto anda, atau cuba memenangi pertandingan berkaitan fotografi yang anda ceburi atau mungkin anda boleh mendapatkan khidmat pembantu untuk melakukan promosi perniagaan anda.

Ini bukan bermakna anda perlu mengupah seseorang agen pemasaran, namun anda boleh melakukannya dengan bantuan ahli keluarga anda dalam membantu anda memasarkan perniagaan. Inilah masanya “word of mouth” melalui penyampaian pemasaran melalui orang-orang yang anda kenali. Secara tidak langsung anda akan dikenali dan peluang untuk anda mendapatkan pelanggan lebih cerah.

RAJINKAN DIRI BERSOSIAL

Selain penyampaian secara berangkai atau penyampaian dari mulut ke mulut, anda juga perlu aktifkan diri dan berhubung dengan orang-orang yang sudah ada di dalam industri kreatif ini. Anda boleh cuba bertindak lebih jauh contohnya apabila anda berada di dalam sesuatu majlis, anda boleh berkomunikasi dengan penganjur, pengurus majlis atau tetamu yang hadir. Dari situ, jangan segan silu untuk memberikan kad perniagaan anda kerana anda sedang memasarkan perkhidmatan perniagaan anda. Mana kita akan tahu, pada waktu itu mungkin mereka juga sedang mencarikan perkhidmatan yang kita tawarkan. Haaa kan rezeki namanya tu.

social-media-promotion

AKTIF DI MEDIA SOSIAL

Dengan teknologi media sosial yang canggih, anda harus menggunakan peluang ini untuk mengembangkan sayap perniagaan anda supaya diketahui oleh orang ramai. Penggunaan media sosial seperti Facebook, Twitter, Youtube, Instagram dan sebagainya memudahkan untuk anda memberikan pendedahan kepada orang ramai tentang portfolio anda selain mempunyai laman web atau pun blog perniagaan. Tips penting untuk memudahkan orang ramai sentiasa tertarik dengan halaman sosial anda adalah sentiasa berinteraksi dengan pelanggan dan paling penting RAJIN UPDATE pos terkini!!!!

PENDEDAHAN PERCUMA

Selain daripada pendedahan di media sosial, anda boleh hantarkan hasil kerja anda di majalah-majalah yang berkaitan untuk tujuan promosi dan pengiklanan. Dengan cara ini, secara tidak langsung and mungkin akan mendapatkan promosi percuma atau mungkin ada yang menawarkan bayaran untuk hasil kerja anda.

SENTIASA BERHUBUNG DENGAN PELANGGAN

Sentiasa berhubung dan menjaga hubungan baik dengan bekas-bekas pelanggan anda. Ini secara tidak langsung, perkhidmatan anda akan sentiasa diperlukan untuk masa hadapan. Jika hasil kerja anda amat memuaskan, pasti mereka akan mempromosikan perkhidmatan anda kepada keluarga, rakan-rakan dan juga komuniti dari kawasan mereka.