Cantik kan kalau dapat melihat bintang-bintang bertaburan di angkasa. Lagi seronok kalau waktu kita melihat bintang dapat melihat milky way atau dalam bahasa melayu dipanggil bima sakti sewaktu itu dengan mata kasar. Cuma nak rakam gambar bima sakti tu macam mana ek???

Di bawah ini kami kongsikan dengan anda tips merakam gambar bima sakti dari perkongsian rakan admin kami Duratul Ain D., Korang boleh follow dia di pages beliau seperti di link di bawah artikel ini.

TIPS MERAKAM GAMBAR BIMA SAKTI @ MILKY WAY

1️⃣ Pastikan cari tempat yang langit gelap dan tidak berawan. Kenapa kena gelap???? Haaaa nanti pencemaran cahaya bole mengganggu menggambil gambar milky way yang baik. Dan pastikan tiada awan columnimbus mengganggu tempat expected milky way. kalau langit awan tebal.. balik minum kopi je laa huhu esok datang balik.

2️⃣ Tahu di mana milky way naik dan bila masa milky way muncul. Ni penting sebab salah time tengok bintang2 berkelipan je la. Bole guna apps dalam handphone untuk dapatkan di mana kedudukan milky way dan time dia keluar. Apps boleh guna apps starwalk, stellarium atau photopills (iphone only) Kat malaysia selalunya dalam bulan 3 bole jumpa milkyway tengah malam.

3️⃣ Gunakan lens wide atau apa2 lens yang mempunyai sekurangnya aperture 2.8. Lagi besar bukaan aperture lagi bagus sebab bole dapat kadar cahaya yang baik untuk merakam milky way. Kenapa wide lens??? Lagi wide lens lagi bagus untuk dapatkan milky way muat dalam framing gambar kita nak amik.

4️⃣ Tetapkan kadar bukaan shutter dalam dari 15 saat dan lebih pun boleh dengan menggunakan mode bulb. Lebih senang menggunakan remote shutter untuk dapatkan gambar yang tidak gegar. Paling tak pun, gunalah timer untuk kurangkan gegaran dalam gambo.

6️⃣ Iso bermula dengan 2500 dan ke atas. Sekiranya masih under exposed boleh naikkan ke 3200. Jika noise agak tinggi, kurangkan kadar iso dan naikkan bukaan shutter haha noise tinggi jangan risau bole guna noiseware ??

7️⃣Hahaaa paling wajib guna tripod. Takde tripod carilah tempat yang boleh menyokong kamera anda. Takde juga jom balik, esok je la shoot ???

Sedikit perkongsian dari saya yang juga kadang2 pemburu milky way jika ada kesempatan. Gambar  bawah dirakam di Pulau Maiga sewaktu Mei 2014.