SONY TANDATANGAN SEBAGAI PENAJA EMAS SUKAN SEA KUALA LUMPUR 2017

0
1149

Kuala Lumpur, 4 Ogos 2017 – Sony Malaysia (“Sony”) dengan sukacitanya mengumumkan bahawa mereka adalah dengan rasminya penaja emas bagi Sukan Sea Kuala Lumpur (KL 2017), sebagai permulaan tajaan acara sukan pelbagai Asia Tenggara dengan KL2017. Dengan slogan “Sony A9 Official Camera KL2017“, Sony akan secara aktif memperluaskan hubungan dengan sukan komuniti tempatan.

Teras kerjasama itu memberi tumpuan kepada dedikasi Sony untuk memberi sokongan pinjaman kamera kepada jurufoto rasmi KL2017. Sony berharap agar penajaan ini dan dengan sokongan pinjaman kamera, jurufoto rasmi KL2017 akan mempunyai peluang untuk merasai pengalaman menggunakan kamera Sony a9, sebuah kamera mirrorless berbingkai penuh (full-frame) yang memberikan kelajuan, fleksibiliti dan kebolehgunaan yang tidak dapat ditandingi.

Kamera Sony a9 menawarkan jurufoto rasmi KL2017 keupayaan tak terhingga untuk merakamĀ moment setiap masa. Sistem pemfokusannya memastikan bahawa walaupun sukan dan subjek bergerak terpantas dapat ditangkap dan dikesan dengan tepat di seluruh bingkai.

Di samping itu, Bravia TV akan diletakkan di semua stadium dan padang permainan, bersama dengan showcase untuk headphone audio peribadi dan aktivasi telefon pintar Xperia.