Sony sedang mengembangkan kamera kompak terkenalnya dari siri RX100 sekali lagi dengan kehadiran versi baru Mark V, yang diumumkan hari ini. RX100 Mark v kini mempunyai sistem autofokus lebih pantas daripada pendahulunya. Ia mempunyai sensor imej Exmore RS CMOS dengan resolusi 20.1 megapixel, lensa zoom 20-70mm bersamaan aperture f/1.8-2.8 aperture dan sistem hibrid Fast AF autofocus terkini Sony. Ia boleh didapati dalam bulan ini dengan harga sekitar USD 1,000.

 

 

Dari segi reka bentuk RX100 Mark V ini tidak kelihatan jauh berbeza daripada reka bentuk versi yang sebelum ini dan ia masih mempunyai saiz padat yang boleh dimuatkan di dalam poket jaket. Ia mempunyai pemidang tilik (viewfinder) dan paparan LCD, serta gelang kawalan di sekeliling kanta seperti kamera yang sebelum ini.

 

dsc-rx100m5_evf-2

 
Tetapi apa yang baru kali ini adalah prestasinya, Sony mengatakan sistem fokusnya telah meningkat lebih baik berbanding tahun lepas pada model RX100 Mark IV. Menurut Sony, ciri-ciri baru sensornya ialah pengesanan fasa dalam sensor, yang memberikan prestasi autofocus setanding dengan DSLR. Terdapat 315 titik pengesanan fasa yang meliputi 65 peratus dari sensor imej. Di samping itu, RX100 Mark v boleh menembak 24 bingkai sesaat pada resolusi penuh sehingga 150 bingkai, terima kasih kepada pemproses barunya. Sony turut berkata ia boleh dilakukan dengan kedua-dua jenis file JPEG dan RAW.

 

dsc-rx100m5_rear-2

 
Selain imej pegun, RX100 Mark V boleh merakam video 4K dengan pengesanan autofocus dan bacaan piksel penuh. Video 4K dirakam pada 100Mbps dan videografer akan mempunyai akses kepada ciri-ciri professional seperti Profil Gambar dan S-log2 / S-Gamut.
Harga Sony RX100 Mark V pasti tidak murah, tetapi jika anda sedang mencari kamera paling berkuasa yang anda boleh muatkan dalam poket anda, mungkin kamera ini adalah pilihan yang terbaik sekali.