SONY PERKENALKAN LENSA 100MM F2.8 DENGAN KUALITI BOKEH PALING TINGGI UNTUK LENSA α

0
961

Baru-baru ini Sony telah melancarkan dua jenis lensa bagi barisan model E-mount mereka. Dua lensa itu adalah termasuk satu lensa telefoto  siri G Master – FE 100mm F2.8 STF GM OSS yang menggunakan teknologi STF ™ (Smooth Trans Focus) yang memberikan kesan bokeh unik dan satu lagi lensa telefoto 85mm F1.8 FE yang mempunyai reka bentuk baru, padat dan ringan. Kedua-dua lensa tambahan ini sesuai bagi penggemar fotografi yang mahu merakam foto potret yang menakjubkan.

vx9112_vx9135 f32m_f43m_vx9422_f60m_front-mid

Sony juga melancarkan sebuah flash model baru model HVL-F45RM dengan komunikasi kawalan radio tanpa wayar yang sesuai untuk perakam profesional  yang menggunakan kamera bingkai penuh jenis Sony α7.

Model-model lensa dan juga flash ini akan berada di pasaran Malaysia pada Mac 2017. Untuk melihat dengan lebih lanjut mengenai produk ini, anda boleh layari Youtube Sony Camera Channel atau di web Sony.