SONY BAKAL KELUARKAN FORMAT RAW BARU?

0
386

Melalui laman web Sonyalpharumors, mereka mengatakan bahawa pihak Sony mungkin akan mengeluarkan sensor baru yang mempunyai resolusi yang lebih tinggi. Pada masa ini, kamera Sony menggunakan seperti kebanyakan kamera digital, 14 bit bagi format RAW mereka.

Dari khabar angin tersebut, katanya Sony mungkin akan menukar format RAW mereka sama ada 16 bit atau 21 bit (masih dalam perbincangan). Format akan datang ini mempunyai  intrinsic dynamic range yang lebih tinggi yang mampu menyediakan gambar HDR dan kemampuan mengambil gambar di dalam keadaan cahaya yang paling rendah.

Yeaaaa!!! Bagi pengguna jenama Sony pasti akan melompat gembira sekiranya khabar angin ini benar. Sama-sama kita tunggu pengumuman dari pihak Sony sendiri.