SONY ALPHA SUPER WORKSHOP 2017

0
1156

Sekali lagi pada tahun ini, Sony Malaysia dengan kerjasama Tourism Negeri Kelantan dengan jayanya telah menganjurkan bengkel fotografi Alpha Super Workshop 2017 pada 15 Julai hingga 16 Julai 2017 di Kota Bharu, Kelantan. Lebih 300 orang peserta dari seluruh Semenanjung Malaysia yang merupakan pengguna Siri Alpha kamera telah menyertai program ini.

Bengkel ini telah dirasmikan oleh YB Dato’ Mejar (B) Hj Mohd Anizam bin Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Pelancongan dan Warisan Negeri Kelantan. Perasmian tersebut turut dihadiri oleh Dato’ Haji Zamri bin Ismail, Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu yang turut memberikan info ringkas mengenai bandar Kota Bharu.


Meriahnya bengkel pada kali ini dengan peserta dijamukan pelbagai aktiviti rakaman foto berunsurkan “human interest“seperti aktiviti pembuatan wau, mencanting batik, permainan gasing tradisi, silat, mak yong, aksi monyet memetik buah kelapa dan banyak lagi . Pihak Sony Malaysia juga telah memberikan pengalaman menggunakan kamera siri Alpha terbaru iaitu kamera A9 beserta lensa keluaran terkini kepada para peserta program.

Juga tidak ketinggalan pada sebelah malam, berlangsung sesi perkongsian menggunakan kamera Sony oleh Eddie Putera (jurufoto profesional), Rosli Mohamed (CST Production) dan Ruzely Abdullah (Pemenang Kategori Nasional, Sony World Photography Awards 2015).

Lebih istimewa lagi, bengkel fotografi ini adalah percuma dan sepenuhnya ditaja oleh pihak Sony Malaysia dengan memberikan penginapan di Hotel Grand Riverview dan juga pengangkutan bas peserta dari 3 lokasi iaitu Kuala Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang menuju ke Kota Bharu.

Kredit foto kumpulan : William Ooi, Stardeer Image