SONY ALPHA SUPER WORKSHOP 2016

0
1279

Pada 5 November hingga 6 November 2016, Sony Malaysia dengan jayanya telah menganjurkan Alpha Super Workshop di Bayu Marina Resort, Johor Bahru dengan penyertaan lebih 200 orang peserta daripada seluruh Semenanjung Malaysia. Program komuniti yang dianjurkan secara percuma ini adalah sesi bengkel fotografi kepada pemilik kamera jenama Sony itu.

Program selama dua hari itu bermula dengan ucapan daripada Encik Hideyuki Wada, Pengurus Besar Sony Malaysia. Pada bengkel tersebut juga, Shaiful Baker (product specialist) telah memberikan penerangan mengenai produk baru Sony iaitu, kamera A99ii, siri lensa G terbaru dan remote trigger.

Para peserta di dalam bengkel ini telah dimanfaatkan dengan ilmu fotografi daripada pengajar seperti Mun Ho (Bokeh Photography), Saiful Baker (Powder Photography), Baron Abas (Action Cam), William Ooi (Flash&Light Photography) dan Nazri Sulaiman (Portrait Photography). Program ini berakhir dengan sesi perkongsian oleh Fakhrul Jamil, salah seorang Sony Key Opinion Leader yang berkongsi gambar lanskap sangat menakjubkan di Lofoten dan Iceland.

_dsc8066 _dsc8069 _dsc8072 _dsc8075 _dsc8101 _dsc8113 _dsc8114 _dsc8181 _dsc8184