Semalam bertempat di Suria Hill Country House, Janda Baik, Bentong Pahang lebih 300 orang peserta telah menyertai Alpha Photo Competition Workshop atau juga dikenali sebagai Alpha Day oleh penggemar kamera Sony ini. Program yang dianjurkan oleh Sony Malaysia dan Studio Zaloon ini adalah percuma dan yang menarik sebanyak tiga buah bas percuma disediakan kepada peserta dari lembah Klang dan semua peserta mendapat cenderahati baju dan t-shirt G Master.
Program pada sebelah pagi bermula dengan sesi perkongsian oleh Barry Ong dan Azman Karib Ibrahim mengenai pengalaman mereka menggunakan kamera Sony. Seterusnya program diteruskan dengan pertandingan foto yang bertemakan potret dan pemandangan pada sebelah petang. Pertandingan ini dibahagikan kepada dua kategori iaitu “Full Frame” dan “APSC” iaitu mengikut format sensor kamera.
Pertandingan yang berakhir pada jam 5 petang itu telah memberikan tuah kepada Khalis Azizi (kategori Full Frame) dan Nicholas Lim (Kategori APSC) yang memenangi tempat pertama bagi pertandingan ini.
Secara keseluruhannya, bagi kami program ini amat menarik kerana ianya satu program perkongsian ilmu yang wajar diteruskan dan sebagai medium untuk peminat fotografi meluaskan jaringan perhubungan sesama mereka di dalam industri kreatif ini. Tahniah kepada pihak Sony Malaysia dan Studio Zaloon.

