SNAPSEED 2.9 BOLEH MENYUNTING GAMBAR RAW

0
588

Wow!!! Itu sahaja yang dapat kami ungkapkan sebab dengan teknologi canggih sekarang tiada alasan untuk memerapkan fail gambar berformat raw di dalam cakera keras anda. Dengan kemaskini terbaru dan Snapseed ini adalah aplikasi percuma dari Google nampaknya membuatkan Adobe tidak senang duduk apabila sebelum ini hanya aplikasi Adobe Lightroom Mobile boleh menyunting format raw di tablet ataupun telefon pintar.

Kemaskini Snapseed 2.9 ini menyokong format fail raw 144 model kamera termasuk fail raw berformat dng. Yang istimewa untuk suntingan format raw ini; Structure, Tint, Shadow Control, Exposure, dan Temperature. Snapseed akan automatik mengesan fail format raw dan ianya boleh digunakan pada tools Healing, Brushes, Frames, Text, HDR, dan Details. Gambar yang telah selesai disunting boleh disimpan dalam bentuk JPEG dan PNG yang berkualiti tinggi.

Kredit gambar : snapseed/Paul Moody
Kredit gambar : snapseed/Paul Moody

Kemaskini yang terbaru ini juga menampilkan juga pembaharuan dalam menyunting muka di mana anda boleh mencerahkan di bahagian muka dan menaikkan lagi detail di bahagian mata. Pencerahan hanya di muka sahaja dan tidak mengganggu bahagian latar belakang gambar. Menarik bukan bagi penggemar potret, lepas ni bolehlah menyunting lebih banyak karya potret dari tablet mahupun telefon pintar anda.

Kredit gambar : Snapseed/Julian A. Kramer
Kredit gambar : Snapseed/Julian A. Kramer

Sebenarnya bagi kemaskini ini adalah untuk pengguna platform ios Apple kerana sebelum ini pengguna Android telahpun boleh menyunting fail format raw ini pada Oktober 2015. Pihak Snapseed juga memberitahu bahawa untuk memuatnaik gambar format raw ke iphone atau ipad anda ini adalah dengan menggunakan Apple USB foto kad adapter ataupun WIFI SDmemori kad.

Bagi kami di Grxfia.com, dengan teknologi canggih seperti ini membantu kepada jurugambar untuk bebas berkarya di mana sahaja dengan menggunakan tablet ataupun telefon pintar bagi gambar-gambar yang memerlukan penyuntingan ringkas.

Apa tunggu lagi, cepat-cepat kemaskini applikasi Snapseed anda sekarang.