Shaiful Zamri Masri,  jurufoto dari Malaysia telah merakam siri gambar Kuala Lumpur daripada anjung rumah beliau yang sangat menarik dan cantik. Jom baca kisah bagaimana beliau mula membuat siri Kuala Lumpur dari D’Anjung.

Menurut Shaiful Zamri Masri , lewat tahun 2008 beliau mula pindah kawasan Taman Dagang Jaya kerana sudah mempunyai teratak sendiri dan hobi beliau dalam fotografi mula berkembang. Kebetulan pula teratak tersebut mempunyai anjung yang mengadap Kuala Lumpur yang terbentang luas. Jadi dari situ lah bermulanya sebagai perakam ufuk Kuala Lumpur dari anjung. Anjung daripada Wikipedia bermaksud “adalah ruangan yang terletak pada sayap bangunan sebelah kanan dan sebelah kiri rumah tradisonal”

SONY DSC

Lumpur berlumpur
Di dalamnya mengelupur
Pahala dan dosa bercampur
Tapi tetap menjadi dapur
Walau ada tukang kapur
Dara subur menjadi bubur
Uda lebur jalan jadi kubur
Namun kuala tetap berlumpur

Suasana matahari terbenam atau senja selalu menjadi sasaran kerana tiada senja yang sama walaupun kita pacak tripod ditempat yang sama berulangkali – setiap satunya unik umpama cap jari kita dan ianya juga peringatan kita semakin hampir kepada kematian yang pasti.

anjung02

anjung03

anjung03a

Sejak menetap di teratak ini, setiap awal tahun memang beliau tiada kemana – pacak tripod kat d’Anjung jer katanya. Kecuali pada tahun 2015, beliau di Kuala Krai kerana banjir besar berlaku pada tahun tersebut di Kelantan. Di bawah adalah gambar suasana Kuala Lumpur sewaktu sambutan tahun baru dari tahun 2012 hingga 2017.

SONY DSC
Tahun baru 2012
Tahun baru 2013
Tahun baru 2013
anjung06
Tahun baru 2014
Tahun baru 2016
Tahun baru 2016
Tahun baru 2017
Tahun baru 2017

Beliau menyaksikan pelbagai momen Kuala Lumpur dari d’Anjung. Katanya ada ketika momen yang tidak akan berulang setakat ini dan ada momen yang sengaja dibuat seperti KLCC dalam bokeh donut.

SONY DSC
Panahan petir arjuna membelah sepi petang itu
Tarian hujan - jatuhan hujan bergerak dari kekiri dan kekanan ufuk (maaf lupa nak rakam video!)
Tarian hujan – jatuhan hujan bergerak dari kekiri dan kekanan ufuk (maaf lupa nak rakam video!)
Jatuhan matahari dibelakang KLCC
Jatuhan matahari dibelakang KLCC
Jatuhan matahari ditengah KLCC
Jatuhan matahari ditengah KLCC
KLCC  menyertai kempen barah payudara - dalam warna merah jambu!
KLCC menyertai kempen barah payudara – dalam warna merah jambu!
KLCC  bertukar hijau selepas reboot  semasa kempen Earth Hour 2015
KLCC bertukar hijau selepas reboot semasa kempen Earth Hour 2015
KLCC dalam bokeh donut (dengan menggunakan lensa reflex)
KLCC dalam bokeh donut (dengan menggunakan lensa reflex)

Menurut Shaiful Zamri Masri, kebiasaanya beliau menggunakan lensa 70-300mm untuk merakam dari d’Anjung ini dan kadangkala ada juga merakam menggunakan lensa 16-35mm dan 500mm. Beliau nak juga cuba shoot pakai 800mm tapi apakan daya – rezeki belum sampai. Agaknya kalau 800mm rasanya boleh nampak staff Petronas Twin Towers bancuh kopi!

Pandangan dari lensa 16mm
Pandangan dari lensa 16mm
Pandangan dari lensa 18mm
Pandangan dari lensa 18mm
Pandangan dari lensa 35mm
Pandangan dari lensa 35mm
View dari lensa 70mm
View dari lensa 70mm
Pandangan dari lensa 500mm
Pandangan dari lensa 500mm

Pesanan dari Shaiful Zamri Masri , jangan lupa tripod dan selalunya ketika suhu yang dingin akan membantu kita mendapatkan foto yang lebih tajam! Beliau juga berharap pada tahun 2017 dapat merakam dari d’Anjung seperti pelangi petang melengkung diufuk bermula dari belakang KLCC dan berakhir di belakang Menara KL yang mana belum ada rezeki momen tersebut di waktu ini.

NOTA : Gambar dan artikel keseluruhan adalah daripada Shaiful Zamri Masri dan diterbitkan dengan kebenaran.