SEKITAR PELANCARAN STUDIO SONY KLCC

0
1796

Kuala Lumpur, 13 Ogos 2017 – Sony Malaysia telah melancarkan Studio Fotografi pertamanya di Malaysia. Ini adalah satu lagi inisiatif Sony untuk memperkayakan pengalaman pengunanya selain daripada mengadakan bengkel-bengkel fotografi percuma dan berpatutan sepanjang tahun.

Studio ini telah dilancarkan oleh Pengarah Urusan Sony Malaysia En. Satoru Arai, turut menyertai Pegawai Urusan Sony Malaysia En. Loo Kah Kit dan juga Pengurus Cawangan Sony KLCC.

Studio ini menawarkan perkhidmatan yang sungguh menarik kepada peminat fotografi. Ianya dilancarkan untuk dijadikan sebagai pusat sehenti (One Stop Solutions) untuk jurufoto dan juga juruvideo dengan menyediakan komputer untuk mengedit gambar/video dan juga perkhidmatan cetakan gambar 8r.

Selain daripada itu, Studio Sony KLCC ini juga menyediakan peralatan cahaya profesional dan yang paling menarik sekali ialah anda boleh meminjam peralatan kamera yang telah tersedia! Ini termasuk siri kamera terkini dari Sony iaitu Sony A9 dan juga pelbagai pilihan lensa yang boleh anda guna secara percuma! Inilah masanya untuk anda mencuba pelbagai rakaman foto atau video dengan sewaan yang sangat murah.

Harga untuk menyewa studio ini adalah seperti berikut:

Penguna Jenama Selain Sony.

  • RM 100.00/sejam
  • RM 700.00/sehari

Penguna Jenama Sony. (Diskaun 30%)

  • RM 70.00/sejam
  • RM 490.00/sehari

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi Sony KLCC:

Lot No. 322-24 , Level 3, Suria KLCC, Persiaran Petronas, Kuala Lumpur City Centre, 50088 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur, Malaysia

+60 3-2166 1882