SANDISK UMUMKAN KAD MEMORI SD 1TB

0
877

Penuh dengan kejutan sewaktu acara Photokina ini. Kali ini pula, syarikat pengeluar kad memori mengumumkan kad memori SDXC berkapasiti 1TB yang akan membantu memastikan kamera anda tidak pernah kehabisan ruang untuk gambar atau video.

Dalam acara yang sama juga pada tahun 2014, Western Digital iaitu syarikat induk Sandisk juga telah mengumumkan kad memori SDXC 512GB yang kini berharga $800usd. Haaa anda jangan pulak teruja lepas ni terus cari di kedai berhampiran, memandangkan mereka hanya mengeluarkan prototaip sahaja bagi acara ini dan belum lagi memasuki pasaran. Dengan nilai 512GB pun dah mencecah $800usd, agak-agaknya berapa nilai pasaran bagi 1TB ini.

Namun, bagi kami masih ada kelemahan pada 1TB ini. Kad ini pastinya akan menjadi terlampu mahal dan pada apa-apa kapasiti yang besar, kelajuan membaca dan menulis  akan menjadi agak perlahan. Tambahan, jika anda selalu bekerja dengan satu kad 1TB, anda akan terlupa untuk mengeluarkan kad tersebut daripada kamera dengan alasan masih banyak lagi kapasiti ruang kosong. Bayangkan jika tiba-tiba kad tersebut rosak (corrupted), akan hanya pening kepala dengan kehilangan data dari kad memori yang besar tersebut.