RICOH UMUMKAN THETA SC : RAKAM GAMBAR DAN VIDEO 360° BERKUALITI TINGGI DENGAN HARGA MURAH

0
647

Anda peminat bagi gambar atau video 360°? Berita daripada Ricoh ini pasti membuatkan anda teruja. Ricoh telah mengumumkan peranti 360° barunya yang diberikan nama Theta SC yang dikatakan lebih murah $50 daripada Ricoh Theta S.

Fungsi bagi Ricoh Theta SC kebanyakan adalah sama dengan  Ricoh Theta S. Foto masih lagi 14 Megapixel (5376×2688) manakala bagi video 1080p pada 30fps, atau 720p pada 15fps. Ricoh Theta SC mempunyai kapasiti memori dalaman 8GB dan berat yang lebih ringan 20% daripada Ricoh Theta S.

ricoh-theta-sc-with-hand

Kaz Eguchi, Presiden Ricoh Imaging Americas berkata “Kami mahu menghasilkan kamera yang berkualiti tinggi pada harga yang berpatutan kepada sesiapa yang berminat untuk menangkap dan berkongsi kepada dunia di sekeliling mereka dalam format pengimejan digital yang baru dan menarik ini”