POTRET ADIK HARITH YANG MENYENTUH HATI

2
13572

Gambar adalah visual terbaik dalam merakam setiap kenangan dan detik indah seseorang. Kami amat tertarik untuk memaparkan potret keluarga adik Muhammad Harith Darwish Azri, 4 tahun yang dirakam oleh Azuha dan rakan-rakannya (Azreen Omar, Rahim Isam dan juga Danial Fauzi) kanak-kanak yang berjuang untuk hidup berikutan menghidap kanser otak tahap empat jenis Ependymoblastoma (satu-satunya kanser jenis ini di Malaysia).

Menurut Azuha, pada awal tahun 2016, keluarga Harith ada menghubungi beliau untuk merakam gambar mereka satu keluarga. Pada waktu itu Harith masih boleh lagi bergerak dan tersenyum tapi masih keluar masuk hospital untuk pemeriksaan. Atas kesibukan tersebut dan keluarga tersebut hilang nombor Azuha, mereka terputus hubungan sementara.

whatsapp-image-2016-10-06-at-12-54-03-pm

Azuha baru-baru ini tergerak hati untuk menghubungi ayah Harith. Lalu keluarga tersebut bersetuju untuk merakam potret mereka sekeluarga bersama Azuha walaupun keadaan Harith sekarang sudah tahap empat kanser otak yang mana kaki, tangan, muka dan badan tidak lagi boleh bergerak dan memberikan respon kecuali tangan kanan Harith yang boleh lagi memberikan respon namun agak terhad.

whatsapp-image-2016-10-06-at-12-54-18-pm

whatsapp-image-2016-10-06-at-12-55-02-pm

Agak jarang kami lihat detik potret sebegini dirakam bersama jurufoto yang profesional. Inisiatif Azuha dan rakan-rakan kami sanjung tinggi dalam memberikan detik indah kepada keluarga ini. Kami di Grxfia juga berdoa agar adik Harith sekeluarga tabah dan kuat menghadapi dugaan Allah s.w.t ini.

Nota : Gambar-gambar di dalam artikel ini adalah ehsan dari Azreen Omar dan pihak Grxfia telah mendapatkan kebenaran dari pihak Azuha dan rakan-rakannya untuk memaparkan gambar potret ini. 

whatsapp-image-2016-10-06-at-12-53-41-pm

whatsapp-image-2016-10-06-at-12-56-09-pm whatsapp-image-2016-10-06-at-12-56-07-pm whatsapp-image-2016-10-06-at-12-56-07-pm-1 whatsapp-image-2016-10-06-at-12-56-03-pm whatsapp-image-2016-10-06-at-12-56-02-pm whatsapp-image-2016-10-06-at-12-56-01-pm

whatsapp-image-2016-10-06-at-12-54-06-pm whatsapp-image-2016-10-06-at-12-54-13-pm whatsapp-image-2016-10-06-at-12-54-18-pm-1 whatsapp-image-2016-10-06-at-12-54-19-pm whatsapp-image-2016-10-06-at-12-54-20-pm whatsapp-image-2016-10-06-at-12-55-56-pm whatsapp-image-2016-10-06-at-12-55-58-pm

14572029_10211194354913509_1239680801_o
azuha dan rakan jurufoto lain merakam gambar kenangan bersama keluarga adik Harith

2 COMMENTS

  1. Allahuakbar.. tersentuh melihat gambar² tu. Tahniah pada fotografer² yang sudi meluangkan masa bersama dgn adik Harith & keluarga serta merakam potret2 yang cantik! Semoga adik Harith sekeluarga tabah 🙂