PORTAL FORUM FOTOGRAFI FOTOMEDIA DITUTUP

0
924

Melalui pengumuman di laman sosial Facebook pada 9 Disember 2016, portal forum fotografi Fotomedia ditutup buat selamanya bermula pada minggu ini. Forum yang bermula pada tahun 2005 ini adalah salah satu komuniti Fotografi Online Berbahasa Melayu terbesar di Malaysia.

Kami di Grxfia merasakan kehilangan besar apabila forum ini ditutup. Kerana bagi kami forum adalah tempat belajar online dan perkongsian fotografi yang terbaik walaupun semenjak laman sosial Facebook mengambil alih era forum dengan tertubuhnya banyak kumpulan fotografi di laman Facebook. Terima kasih Fotomedia kerana menyinari hidup jurufoto sepanjang tahun 2005 hingga 2016 ini. Pastinya kami akan merindui zaman forum tersebut.