PERTANDINGAN FOTOGRAFI CANON PHOTOMARATHON 2017

0
846

Canon Photomarathon 2017 adalah salah sebuah pertandingan fotografi yang tersohor di kalangan peminat fotografi semenjak ianya diperkenalkan pada tahun 2008. Tahun ini ianya kembali diadakan di Malaysia pada 9 September 2017 bertempat di Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

Bagi penyertaan pertandingan ini, tarikh akhir untuk menyertainya adalah pada 27 Ogos 2017. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM30 kategori terbuka manakala kategori pelajar adalah RM20. Juri hakim bagi Pertandingan Fotografi Canon Photomarathon 2017 ini adalah Asmady Ahmad, Vincent Thian dan Fiona Lim.

Bagi kami, inilah pertandingan fotografi yang banyak mencungkil bakat terpendam seorang jurufoto dan di sini jugalah platform untuk seseorang jurufoto melangkah lebih jauh dalam industri fotografi ini. Dengan hadiah yang ditawarkan sungguh lumayan, sangat berbaloi untuk anda menyertainya. Jom apa tunggu lagi, marilah sama-sama daftar masuk pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan anda boleh ke pautan seperti di bawah : https://photomarathon.canon-asia.com/index.php/cpm/Malaysia/English/home

Bagi yang tidak pernah menyertai Pertandingan Fotografi Canon Photomarathon 2017 ini, boleh lihat video acara yang diadakan pada tahun 2016.