PERTANDINGAN FOTOGRAFI CANON PHOTOMARATHON 2016

0
1776

Canon Photomarathon 2016 adalah salah sebuah pertandingan fotografi yang tersohor di kalangan peminat fotografi semenjak ianya diperkenalkan pada tahun 2008. Tahun ini ianya kembali diadakan di Malaysia pada 3 Disember 2016 di Kuala Lumpur dan 17 Disember 2016 di Pulau Pinang.

Bagi penyertaan di Kuala Lumpur, tarikh akhir untuk menyertainya adalah pada 30 November 2016 dan 9 Disember 2016 untuk penyertaan di Pulau Pinang. Bayaran penyertaan adalah sebanyak RM30 sahaja.

Bagi kami, inilah pertandingan fotografi yang banyak mencungkil bakat terpendam seorang jurufoto dan di sini jugalah platform untuk seseorang jurufoto melangkah lebih jauh dalam industri fotografi ini. Dengan hadiah yang ditawarkan yang sangat lumayan, sangat berbaloi anda menyertainya. Jom apa tunggu lagi, marilah sama-sama daftar masuk pertandingan ini.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran penyertaan anda boleh ke pautan seperti di bawah : https://photomarathon.canon-asia.com/index.php/cpm/Malaysia/English/home