PEMENANG PERTANDINGAN FOTOGRAFI EYEEM AWARDS 2016

0
1315
kredit gambar Eyeem.com

Bagi penggemar pertandingan fotografi pasti tidak ketinggalan dalam menyertai pertandingan ini. Eyeem adalah sebuah komuniti fotografi global dan juga platform penjualan gambar apabila Eyeem bekerjasama dengan Getty Images dan Alamy. Bagi kami, Eyeem adalah sebuah platform yang bagus bagi mereka yang inginkan pendedahan di peringkat antarabangsa dan juga sebagai tempat untuk penjualan gambar stok foto.

Berbalik pada Pertandingan Fotografi Eyeem Awards 2016, pada tahun ini Zacharie Rabehi telah dinobatkan sebagai “2016 EyeEm Photographer of the Year”. Boleh lihat video di atas untuk mengenali Zacherie Rabehi seorang jurugambar dokumentari yang menetap di India.

Terdapat 5 kategori yang dipertandingkan dalam pertandingan ini iaitu; The Portraitist, The Great Outdoors, The Architect, The Photojournalist dan The Street Photographer. Di bawah ini gambar-gambar pemenang bagi setiap kategori yang dipertandingkan.

 

—————————————————————————————————

The Portraitist

Can Dağarslanı, @CanDagarslani, 31, Istanbul, Turkey

eyeem-87103132

The Great Outdoors

Ji-hyun Park, @earthin, 34, Jeollanam-do, Korea

eyeem-83807870

The Architect

Ralph Pollack, @ilseder, 55, Berlin, Germany

eyeem-82259313

The Photojournalist

Pantea Naghavi Anaraki, @PanteaNaghavi, 31, Tehran, Iran

eyeem-81785971

The Street Photographer

Reuven Halevi, @ReuvenHalevi, 43, Rome, Italy

eyeem-87910655

Gambar-gambar ini boleh menjadi sumber inspirasi kepada semua peminat fotografi dalam mencuba lagi untuk pertandingan fotografi akan datang. Sebenarnya, memasuki pertandingan fotografi ini adalah bagus kerana ianya adalah satu platform bagi seseorang jurufoto untuk meraih kredit bagi perjalanan fotografinya dan juga pendedahan hasil karya beliau kepada umum.

Kami di Grxfia.com juga berbangga juga kerana salah seorang finalis daripada pertandingan ini adalah dari Malaysia. Tahniah juga kepada Agoes Alwi yang menjadi finalis bagi kategori The Architect. Moga satu hari nanti orang Malaysia pulak jadi Eyeem Photographer of The Year pada tahun mendatang.