PELANCARAN SONY ACTION CAM – FDR-X3000R & HDR-AS300R

0
3038

Hari ini bertempat di District 21, IOI Mall City Putrajaya, Sony Malaysia telah melancarkan “action cam mereka yang terbaru iaitu FDR-X3000R (4k) & HDR-AS300R (Full HD). Dengan kepakaran pengimejan Sony ianya membawakan satu pengalaman hebat kepada pengguna dalam menyampaikan sebuah video yang berkualiti tinggi dan mereka amat berbangga untuk berkongsi, menyimpan dan menunjukkan video yang hebat ini untuk tatapan generasi akan datang. Kedua-dua  action cam FDR-X3000R (4k) & HDR-AS300R (Full HD) ini mempunyai teknologi yang hebat yang belum lagi dibawakan di dalam mana-mana Point of View (POV) kamera.

_dsc7644 _dsc7660

Yang terbaru dalam siri ini, FDR-X3000R (4k) & HDR-AS300R (Full HD) menggunakan teknologi penstabilan imej Balanced Optical SteadyShot™ (B.O.SS) yang sebelum ini digunakan di dalam siri premium handycam. Dengan teknologi B.O.SS ini, anda tidak lagi perlu risau lagi mengenai gegaran sewaktu merakamkan video namun fokus sahaja kepada aktiviti yang anda ingin lakukan kerana anda seperti memegang kamera yang telah dipasang dengan gimbal. Kelancaran video tersebut membuatkan anda akan tersenyum kerana kamera ini mampu menyokong penstabilan imej yang sangat baik walaupun dengan gegaran yang kuat dan amat-amat sesuai bagi penggemar aktiviti lasak.

hdr-as300_fdr-x3000_liveviewremote

Butiran lanjut action cam FDR-X3000R (4k) & HDR-AS300R (Full HD) adalah seperti di bawah :

  • Kalis air sehingga 60 meter dengan dibekalkan sekali Underwater Housing (MPK-UWH1)
  • menggunakan lensa baru ZEISS® wide-angle lens – mengeluarkan imej warna rakaman semulajadi dan mengurangkan “distortion
  • 1/2.5 type 8.2-megapixel3 Exmor R™ CMOS sensor baru yang direka untuk video nisbah 16:9 dan teknologi BIONZ X™ (teknologi dalam siri kamera A7) yang berkapasiti tinggi membaca pixel dengan baik.
  • Didatangkan bersama dengan RM-LVR3 Live-View Remote.
  • Mampu merakam timelapse 4k video dengan resolusi 8.3-megapixel dan 10 interval dan yang menarik anda juga boleh mengedit terus timelapse Full HD melalui Action Cam App (disokong oleh Android dan IOS).

Kamera ini akan mula berada di pasaran pada Oktober 2016. Untuk ulasan penuh kamera ini, tunggu artikel seterusnya daripada kami.