Hari ini, pihak Engtong System Sdn Bhd telah melancarkan produk sistem pencahayaan terbaru daripada Broncolor iaitu Siros L. Mereka telah menjemput dua orang jurufoto iaitu Jen Siow dan Muhammad Zamir untuk berkongsi pengalaman menggunakan Siros L.

_DSC8118

Dalam acara ini juga, Jen Siow iaitu seorang jurufoto komersil terkenal telah berkongsi pengalaman beliau selama lebih 41 tahun dalam bidang fotografi komersil dan juga fesyen. Manakala Muhammad Zamir pula berkesempatan berkongsi secara praktikal penggunaan Siros L.

_DSC8125

Secara umumnya, sistem pencahayaan baru dari Broncolor Siros L ini sangat terbaik terutama bagi penggunaan penggambaran di luar studio. Yang menarik ianya menggunakan bateri lithium-ion yanf boleh dicaj dengan dalam masa 1 jam sehingga kapasiti penuh. Kuasa lampu ini boleh dikawal dengan seminima 2J. Ia juga boleh dikawal melalui aplikasi “Broncontrol” di telefon pintar atau tablet anda.

Nantikan ulasan penuh untuk Broncolor Siros L dari kami.