PANGGILAN TERAKHIR UNTUK PENYERTAAN PERTANDINGAN FOTOGRAFI SONY WORLD PHOTOGRAPHY AWARDS 2017

0
1703

Anda sangat meminati bidang fotografi, apa kata kami cadangkan untuk anda menyertai pertandingan ini. Dengan hanya tinggal lagi sebulan daripada tarikh tutup penyertaan edisi ke-10 ini, Sony World Photography Awards 2017 pada 16 Disember 2016 mengeluarkan penyertaan terbaru daripada kategori terbuka dan meminta juri pertandingan untuk berkongsi nasihat mereka kepada jurugambar di seluruh dunia yang memasuki pertandingan tersebut samaada dalam kategori profesional, kategori terbuka, kategori Muda (umur 12-19 tahun)dan kategori Anugerah Kebangsaan. (Kami akan siarkan khas tips daripada juri pada artikel esok)

Sony World Photography Awards yang dianjurkan oleh World Photography Organisation adalah pertandingan fotografi terbesar dunia. Penyertaan pada tahun 2016 telah memecah rekod yang mana penyertaan diterima adalah sebanyak 230,103 gambar daripada 186 negara. Photographer of the Year tahun 2016 telah dimenangi oleh fotojurnalis daripada Iran, Asghar Khamseh manakala bagi kategori terbuka dmenangi oleh Kei Nomiyama daripada Jepun.

Penyertaan dalam pertandingan ini adalah percuma dan boleh menyertainya di laman web www.worldphoto.org. Berikut adalah tarikh tutup bagi penyertaan :

  • 5 Januari 2017 – Kategori Terbuka – gambar tunggal terbaik daripada 10 kategori dipertandingkan
  • 5 Januari 2017 – Kategori Muda – gambar tunggal yang terbaik oleh mana-mana jurugambar yang berumur 12 – 19
  • 5 Januari 2017 – Anugerah Kebangsaan – imej tunggal yang terbaik daripada lebih 60 negara dimasukkan ke dalam pertandingan Terbuka
  • 10 Januari 2017 – Kategori Profesional – 10 kategori yang diadili dengan set gambar

Pemenang akan diumumkan pada satu majlis anugerah di London pada 20 April 2017. Hadiah termasuk peralatan pengimejan digital terkini Sony, gambar dimasukkan dalam buku pemenang anugerah tahun 2017 dan hadiah wang tunai sebanyak $ 25,000 (USD) untuk pemenang kategori Professional keseluruhan dan $ 5,000 (USD) untuk juara Terbuka keseluruhan.

Untuk maklumat lanjut pertandingan anda boleh layari www.worldphoto.org. Selamat mencuba semua dan tunggu esok kami akan berikan tip dan nasihat daripada para juri pertandingan.