Anda peminat fotografi dan ingin mencari inspirasi dalam bidang ini? Bertempat di Galeri Seni Matic, Jalan Ampang, Kuala Lumpur, pihak Street 2 Street telah menganjurkan sebuah pameran fotografi iaitu Pameran Fotografi bersaiz Poskad terbanyak di Malaysia yang sedang berlangsung sekarang hingga 31 Oktober 2016. Pameran ini dianjurkan bersempena Hari Pelancongan Sedunia 2016.
Jom kita lihat apa yang menarik di pameran ini.
Apa yang menarik tentang pameran ini?
Ini merupakan satu projek mengumpul dan mempamerkan foto dari pelbagai genre fotografi. Foto akan dicetak mengikut saiz standard poskad, kemudian ianya akan dipamerkan dan sekaligus mencipta Malaysia Book Of Record sebagai pameran foto bersaiz poskad terbanyak di Malaysia.
Majlis pelancaran pameran ini bersama Media telah disempurnakan oleh YB Datuk Mas Ermieyati binti Samsudin – Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia, di MaTiC Art Galeri, Kuala Lumpur, pada 15hb Mac 2016 sempena Perasmian Pameran GAMAL ‘The Portrait Exhibition’ yg lepas.
Program ini juga akan dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Mohamed Nazri bin Abdul Aziz
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia pada tarikh yang akan diberitahu kelak.
Tarikh pameran berlangsung?
Bermula pada 26 September hingga 31 Oktober 2016. Pameran dibuka setiap hari bermula dari jam 9 pagi hingga 6 petang.
Objektif pameran ini?
1. Mewujudkan ruang dan peluang pengkaryaan serta mempersembahkan produk kreatif oleh penggiat, penggerak dan kumpulan kesenian kepada masyarakat tempatan dan asing untuk menghayati serta menikmati nilai-nilai estetikanya.
2. Menyumbang pemikiran intelek dan kreatif kepada masyarakat.
3. Mempelbagaikan produk kreatif dan pelancongan tempatan.
4. Mencipta & memecahkan Rekod – Most Postcard-Size Display.
Sasaran Poskad : 6102keping (telah tercapai)
Berapa ramai penyumbang dalam mencapai 6102 keping gambar ini?
Seramai 113 orang jurufoto telah mengambil bahagian.
Penganjur pameran?
Projek ini dianjurkan oleh Street To Street (S2S). Terdiri daripada lima (5) orang pengiat fotografi Malaysia iaitu Safirah Rashid, Agoes Alwie, Tony Mdy, Dr. Yamin Ismail dan John Ragai.
Untuk maklumat lanjut mengenai pameran ini anda boleh menghubungi pihak Street 2 Street melalui Facebook mereka atau pun boleh layari laman web mereka di www.mys2s.com .