ORANG JOHOR BAHRU WAJIB DATANG PAMERAN MWPPM

0
1291

Malay Wedding and Portrait Photographers Malaysia (Jurugambar Perkahwinan Melayu dan Potret Malaysia) atau lebih dikenali sebagai MWPPM akan menganjurkan sebuah pameran fotografi di Kilang Bateri, Jalan Tampoi, Johor Bahru bermula pada esok hari iaitu 7hb Oktober sehingga 9hb Oktober 2016.

KENAPA KENA DATANG PAMERAN INI?

Bagi peminat fotografi terutama bagi genre foto perkahwinan anda wajib hadir dan memberikan sokongan kepada aktiviti MWPPM ini. Di sini tempat untuk mereka yang baru dalam industri ini boleh menimba ilmu serta menambahkan lagi networking anda di dalam industri foto perkahwinan. Antara aktiviti menarik yang akan diadakan pada 3 hari tersebut adalah  sesi perkongsian ilmu oleh jurugambar bertauliah, sesi serahan kad keahlian dan sijil kepada ahli MWPPM di Johor, bualbicara foto dan juga taklimat khas tentang MWPPM.

Pada hari Ahad iaitu 9 Oktober 2016, pihak penganjur juga ada membuat sesi outing potret di sekitar kilang bateri tersebut. Jangan lepaskan peluang ini bagi mereka yang ingin pelajari potret perkahwinan yang baik bersama mereka yang bertauliah.

Yang nak kahwin dan tengah cari jurufoto perkahwinan yang terbaik, anda pun boleh sama-sama turut hadir melihat pameran ini. Mana tau ada promosi menarik di samping anda boleh mengenali jurufoto perkahwinan yang hebat dan mempunyai hasil kerja yang baik di sana.

SIAPA MWPPM?

MWPPM adalah satu persatuan yang didaftarkan untuk menyatukan jurugambar perkahwinan dan potret Melayu, bagi menjaga kebajikan ahli-ahlinya serta menjaga standard pasaran fotografi perkahwinan Melayu. MWPPM di daftarkan secara rasminya sebagai sebuah persatuan di Malaysia pada tanggal 18 Januari 2012 dengan nombor pendaftarannya 0219-12-SEL.

OBJEKTIF PAMERAN INI

Menurut MWPPM, program ini diharap akan dapat memberi pendedahan fotografi kepada pengunjung-pengunjung dan juga peminat fotografi di Johor Bahru.

MAKLUMAT LANJUT

Bagi mereka yang berminat untuk hadir dan inginkan maklumat lanjut anda boleh menghubungi tuan Ashadi Rashid di talina 014-9603963 ataupun ketua negeri MWPPM Johor, En. Rudy di talian 018-7750097. Anda juga boleh melihat info mereka melalui Facebook MWPPM.

 

Nota : Info dan gambar ini adalah dari tuan Ashadi Rashid, Presiden Persatuan Jurugambar Perkahwinan Melayu dan Potret Malaysia (MWPPM).