Baru-baru ini DJI telah mengumumkan kamera drone Mavic yang merupakan produk drone udara yang paling hebat sehingga kini. Ia sangat mudah alih dan mempunyai ciri-ciri hebat seperti Phantom 4. Namun hari ini setelah melihat video perbandingan antara P4, Mavic dan Karma, didapati ketajaman kualiti video Mavic jauh lebih lembut berbanding P4 walaupun pada resolusi 4k.

 

https://www.youtube.com/watch?v=EcMAbUKynIw

 

Apabila melihat promo untuk Mavic ia seperti menjanjikan sesuatu yang menarik. Perkakasan untuk drone ini sahaja sudah luar biasa dan rekaan egronimiknya dan saiznya yang kecil membuatkan kami teruja. Cuma yang merisaukan kami ialah kualiti videonya kelihatan sedikit kabur dan warnanya agak kusam pada video yang tidak digred.

Kali ini Casey Neistat sekali lagi menerbitkan sebuah video tentang Mavic, kali ini beliau membandingkan ia dengan Phantom 4. Jikalau siri Phantom tidak wujud lagi, pasti rakaman dari Mavic dapat diterima pakai.

 

 

Walaupun Casey tidak ada GoPro Karma untuk dibandingkan bersama P4 dan Mavic untuk kali ini, tetapi beliau masih dapat membandingkan kualiti rakaman dari Hero 5 Session yang akan digunakan bersama drone Karma. Disitu sahaja kita dapat melihat P4 masih berada ditempat pertama dari segi kualiti rakaman, manakala Hero 5 Session pada tempat kedua dan Mavic pada tempat ketiga.

Ada ura-ura mengatakan Mavic yang digunakan oleh Casey tidak didalam fokus dan tidak di kalibrasi dengan baik. Apa pun Casey tetap memilih Mavic sebagai drone utamanya kerana beliau sanggup mengorbankan sedikit kualiti rakaman pada Mavic untuk ciri-ciri kompak dan mudah alihnya. Sesuai dengan produksi video vlog harian beliau.

Pada pendapat kami ia bergantung pada anda, ciri-ciri apa lebih penting dan anda perlukan apa pada sesebuah drone. Akhirnya ia bergantung pada pilihan anda dan juga ketebalan poket anda.