MARIO TESTINO MEMBAWA KITA KE MUZIUM FOTOGRAFINYA DI PERU

0
359

Jikalau anda peminat fotografi fesyen, Mario Testino bukanlah nama yang tidak asing lagi. Beliau adalah ikon dalam bidang ini. Beliau yang berasal dari Peru telah banyak menghasilkan karya fotografi fesyen untuk majalah fesyen antarabangsa seperti Vouge, V Magazine, Vanity Fair dan GQ. Beliau juga telah banyak mencipta imej untuk jenama seperti Gucci, Burberry, Versace, Michael Kors, Chanel, Estee Lauder dan Lancome.

Baru-baru ini beliau telah membawa kita ke muzium beliau yang terletak di Lima, Peru. Bersama Hamish Bowles, editor untuk majalah Vouge Amerika. Testino telah merakam video pendek ini dan menjelaskan setiap ruang yang ada di muzium beliau itu yang bernama MATE. Mari kita lihat bersama-sama apa yang menarik tentang muzium ini.