KUASAI SENI MELIHAT DENGAN KERTAS SURIH

0
3381

Anda ingin menguasai seni melihat dengan baik? Saya cadangkan anda ikut teknik seperti di dalam video Tavis Leaf Glover ini yang menggunakan kertas surih (tracing paper) yang ditampal dalam buku seni atau fotografi dalam meningkatkan lagi penguasaan komposisi yang baik. Ia adalah satu latihan yang menyeronokkan untuk mengekalkan ketajaman kemahiran seni anda.

Teknik ini adalah salah satu teknik yang baik kerana sambil kita melihat gambar yang cantik, kita mempelajari bagaimana jurufoto menghasilkan komposisi yang hebat dalam gambar. Selamat mencuba daripada kami.