Sesetengah jurufoto amat gemar kepada gambar yang menunjukkan gaya hidup seseorang. Bagi John Thackwray, yang dilahirkan di Afrika Selatan dan amat suka mengembara dalam tempoh masa berbulan dan banyak bertemu dengan penduduk tempatan menyebabkan beliau fokus dalam mendedahkan gaya hidup seseorang melalui gambar.
Sebagai sebahagian daripada projek bertajuk “My Room”, yang akan diterbitkan dalam bentuk buku pada sekitar Krismas dan akan menceritakan kisah setiap orang yang dipotretkan oleh beliau semasa mengembara dari Perancis ke Jepun, melalui Romania, China, Brazil, Rwanda atau Mesir. Gambar-gambarnya telah memberikan rasa ingin keluar mengembara dan menemui pengalaman baru. Gambar-gambar di bawah adalah sebahagian daripada gambar di dalam buku beliau.
Jika anda ingin membuat tempahan awal buku My Room oleh John Thackwray, boleh layari link ini : http://myroomphotos.com/the-book/











