KODAK EKTRA TELEFON PINTAR DIREKA UNTUK KHAS UNTUK JURUFOTO

0
906

Kodak hari ini mengumumkan telefon pintar baru yang dikenali sebagai Ektra yang direka khas untuk jurufoto. Ciri-ciri telefon berkeupayaan dalam pengimejan dan peyuntingan gambar membantu pencinta fotografi untuk menangkap gambar-gambar yang mereka bayangkan.

Telefon ini telah dihasilkan oleh syarikat UK-syarikat Bullitt Group, yang mendapat pelesenan jenama Kodak untuk produk. Yang menariknya, telefon ini menggunakan ciri fungsi dial DSLR yang membolehkan anda membuat tetapan manual kepada ISO, aperture dan shutter speed. Selain itu, terdapat Scene Modes, Smart Mode untuk tetapan auto, dan Super 8 app yang membina stok klasik Super 8 filem.

kodak-ektra-smartphone-front-back-1

Berikut adalah ciri-ciri bagi telefon tersebut :

  • Kamera belakang 21mp lensa f/2.0 manakala kamera hadapan 13mp dengan Phase Detection; lensa AF f/2.2
  • 4k video
  • optical image stabilization
  •  Helio X-20 Decacore Processor
  • 3000 mAh battery
  • 3GB RAM
  • 32GB Memory, boleh ditambah dengan MicroSD cards
  • 5” Full HD display (441 ppi). (1920 x 1080 resolution)

Setakat ini akan dilancarkan sekitar UK dahulu dengan harga £449 (~$550). Adakah ianya akan dibawakan di Malaysia, sama-sama kita nantikan.