KELAS FOTOGRAFI PERCUMA DENGAN STUDIO ZALOON

0
1329

Anda masih baru lagi dalam dunia fotografi dan tercari-cari di mana nak belajar mengenai fotografi? Kami cadangkan anda ke kelas percuma yang dianjurkan oleh Studio Zaloon dan yang menarik setiap minggu ada macam-macam topik yang menarik boleh dipelajari. Untuk bulan November 2016 ini, kami lihat ianya amat sesuai untuk mereka yang masih baru lagi kerana topik berkisarkan asas fotografi.

Dan yang lagi seronok, setiap kali pergi kelas kat Studio Zaloon pasti anda akan dapat diskaun barangan fotografi dengan harga yang lebih murah di pasaran. Dan jangan risau, semua jenama kamera boleh hadir kelas bukan untuk Sony sahaja ye.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran anda boleh ke link ini : http://www.studiozaloon.com/workshop-register . Atau anda boleh hubungi kedai tersebut di talian : 012-673 0686

Lokasi Studio Zaloon : U-B1, Upper Ground Floor, Pudu Plaza Shopping Center Jln Landak Off Jln Pudu, Kuala Lumpur.