Setelah beberapa bulan mereka cuba memberi pentunjuk dan mengusik peminat GoPro. Kini akhirnya GoPro telah mendedahkan kamera drone Karma yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 19 September 2016.

Mereka telah berkongsi beberapa video teaser berkenaan kamera drone Karma ini. Mari kita lihat!

Video teaser diatas mungkin mengambarkan bahawa kamera drone ini bersaiz kecil sehingga mampu terbang di bawah van itu.

Pada tahun 2015, CEO dan pengasas GoPro Nick Woodman telah mendedahkan yang syarikatnya telah membangunkan Quadcopter yang bakal dijual pada tahun 2016, beliau berkata pada masa itu yang “Quad ini dalam beberapa cara adalah aksesori muktamad untuk GoPro”.

Syarikat itu telah membisu mengenai ciri-ciri drone ini setakat ini, dan hanya mengeluarkan satu set video teaser dengan rakaman oleh kamera drone Karma.

 

 

GoPro bakal mengumumkan Karma dan disiarkan secara langsung di laman webnya (19 September 2016), dan anda akan dapat mencari maklumat selanjutnya selepas tarikh itu di laman web Karma itu. Selamat menantinya!