Sebut sahaja Kampung Baru, mustahil bagi orang yang telah lama menetap di kotaraya Kuala Lumpur tidak mengenali nama ini yang agak terkenal dengan kesedapan makan di sekitarnya terutama Nasi Lemak Antarabangsa. Kampung Baru merupakan sebuah kampung yang masih lagi mengekalkan ciri-ciri tradisional melayu sejak dari tahun 1900, walaupun kawasan sekitarnya telah pun diasak dengan arus kemodenan semasa. Namun, sejak akhir-akhir ini asakan arus kemodenan tersebut semakin mempengaruhi kampung ini. Dan mungkin bagi generasi masa hadapan hanya dapat mengenali nama Kampung Baru sahaja tanpa melihat dengan mata sendiri kewujudan kampung ini. Atas faktor ini, jurufoto tempatan Kamal Sellehuddin, mendokumentasikan kehidupan dan persekitaran Kampung Baru itu sendiri.

Bermula 17 September sehingga 2 Oktober 2016, bertempat di Galeri Transit KL Sentral anda berpeluang untuk melihat sendiri hasil karya dokumentasi dari Kamal Sellehuddin, yang bertajuk “Kampung Baru – pertembungan antara dua zaman”. Pihak kami juga dimaklumkan bahawa pameran tersebut akan dilancarkan pada 17 September 2016 dan pada 18 September 2016 khabarnya akan ada sesi bual bicara bersama beliau pada pukul 11.00 pagi. Sempena cuti hari Malaysia ni, bagi yang tidak ada apa-apa perancangan, mari kita sama-sama melawat pameran ini. Serius, kami katakan rugi jika anda tidak datang.

Jom kita baca sedikit temu bual pihak Grxfia dengan Kamal Sellehuddin dan mengapa anda perlu melawat pameran beliau ini.

 

cover2

 

Siapakah Kamal Sellehuddin?

  • Saya berasal dari Klang, Selangor. Selepas SPM saya melanjutkan pelajaran saya dalam bidang Fotografi di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (ITM, Shah Alam). Pada hujung 2002, saya mula berkerja untuk suratkhabar THE STAR. Mula ‘freelance’ pada 2008 hingga kini. Saya sekarang based di Bangkok, Thailand.

3

 

 

Kenapa anda memilih Kampung Baru sebagai subjek pameran ini?

  • Saya telah mula mengambil gambar Kampung Baru pada awal 2014. Dalam masa yang singkat beberapa perubahan struktur bangunan di Kampung Baru sudah mula berubah. Di sini lah saya mula mengambil gambar kerana saya berpendapat jika tidak sekarang, saya mungkin tidak akan dapat melihat Kampung Baru yang saya kenali.

Daily life in Kampung Baru

 

 

Gambar manakah yang menggambarkan emosi penduduk di Kampung Baru?

  • Gambar potret En.Zainal adalah salah satu contoh gambaran terbaik tentang emosi Penduduk Kampung Baru. Imej di latar belakang potret itu juga menunjukkan pertembungan antara bangunan baru dan lama.

Portrait of En.Zainal in front of his house.

 

 

Gambar kegemaran anda, dan kenapa?

  • Saya memilih gambar suasana lorong rumah di Kampung Baru berlatarkan KLCC di belakang. Ketika itu Malaysia di selubungi Jerebu. Kesan sampingan Jerebu tersebut telah membuat gambar saya lebih menarik.

A motorcyclist rides through an alley as Kuala Lumpur's Iconic Petronas Twin Towers stand shrouded in haze in Kuala Lumpur, Malaysia

 

 

Apakah yang anda harapkan dari pameran ini untuk masyarakat?

  • Saya berharap masyarakat , terutama penduduk Kampung Baru sekarang dan sebelum ini dapat meningkatkan kesedaran dan penghayatan yang lebih mendalam kepada keperluan untuk melindungi identiti , warisan dan budaya yang telah diturunkan kepada mereka mereka.

4