Perkara yang paling ditakuti oleh jurufoto apabila peralatan kamera mereka tiba-tiba tidak berfungsi. Apatah lagi sekiranya sewaktu merakamkan gambar di lokasi secara tidak sengaja kamera atau lensa anda terjatuh ke lantai dan paling ditakuti sekiranya terjatuh di dalam air. Peralatan kamera bukanlah murah dan apabila terjadi kerosakan , boleh buat pening kepala kepada seseorang jurufoto. Jom kita tengok di mana boleh hantar peralatan kamera untuk dibaiki.

 

Kamera yang masih mempunyai tempoh waranti 

Bagi mereka yang masih mempunyai waranti bagi peralatan kamera, anda boleh terus menghantar ke pusat servis jenama kamera anda. Ini boleh menjimatkan poket anda kerana selalunya kalau kerosakan pada peralatan yang masih mempunyai warranti, kos pembaikan adalah murah dan boleh jadi tiada kos yang perlu dibayar. Di bawah ini, saya senaraikan beberapa pusat servis jenama kamera yang agak popular penggunaannya di Malaysia.

 

Pengguna Nikon : boleh rujuk di http://www.nikon.com.my/en_MY/service/service_centers? 

Pengguna Canon : boleh rujuk di laman web http://www.canon.com.my/personal/web/support/service_personal 

Pengguna Sony : boleh rujuk di laman web https://www.sony.com.my/section/servicecentres 

Pengguna Fujifilm : boleh rujuk di laman web http://www.fujifilm.com.my/contact/service_centre/

Pengguna Olympus : boleh rujuk di laman web http://www.olympus.com.my/en/local/index.jsp

 

Peralatan kamera yang telah tamat waranti

Kalau peralatan kamera yang telah tamat waranti bagaimana pula? Perkara terbaik adalah menghantar ke pusat servis jenama peralatan kamera anda. Namun sekiranya menghantar ke pusat servis jenama sudah pasti kos pembaikan adalah lebih mahal apatah lagi kalau kerosakan kamera di tahap yang serius. Pilihan lain untuk membaiki kamera di kedai yang menawarkan servis pembaikan kamera dengan kos yang optimum. Di bawah ini saya senaraikan beberapa pilihan tempat untuk menghantar peralatan kamera yang rosak untuk dibaiki.

 

Cheah Camera Repair (Albert Cheah)
568, 1st Floor, Lot 15 Complex Mutiara, 3 1/2 Miles, Jalan Ipoh
(Sebelah kedai Digicolor)
Contact Number: +6012 667 9756

YL Camera Service, Pudu Plaza (Desmond)
FB-3, 1st Floor Pudu Plaza , Jalan Landak,
off Jalan Pudu, 55100,Kuala Lumpur.
Tel No: +6016 218 7810 / +6012 3806733
Fax No: +603 2148 7810

International Camera Service
Lot 1.99, Pertama Complex, Jalan Tuanku Abdul Rahman,
50100 Kuala Lumpur
Tel No.: +603-2698 6610
Email: internationalcamera@gmail.com

Jason Chew at J-One, Amcorp Mall.
Lot G41(Ground Floor), AMCorp Mall
18, Jalan Persiaran barat, 46050 Petaling Jaya, Selangor
Tel/Fax No.: +(60) 3 7957 7778

KOK NGAI PHOTO
NO.23 Jln Raja Musa Aziz(Anderson Road), 30300 Ipoh,Perak.
Tel:+605-2544101

Cam Care Device Sdn Bhd
HQ: No 22, Jalan Tasik Utama 5, Medan Niaga Tasik Damai,
The Trillium Lake Fields Sungai Besi,
57000 Kuala Lumpur
Tel: +603 90545100/200/300
Fax: +603 90541393
Email: service@camcare.com.my
Leos Com Trading
Kiosk K1-2A & 2B, 1st Floor, Ampang Park Shopping Complex, Jln. Ampang KL
Contact Number: +603 2161 9950
SQ Photo & Camera Services Ent

1, Jln Tembaga Kuning 1, Tmn Sri Skudai, Skudai, 81300, Johor Bahru, Johor
Phone: 07-558 9714 / Wong 0127158500

Sekiranya ada lagi yang tertinggal tempat mana yang murah dan berpatutan untuk baiki peralatan kamera, boleh komen di ruangan komen dan saya akan kemaskini ruangan pos ini.