JURUGAMBAR GERMAN MENANG SAMAN FACEBOOK KERANA MEMBUANG DATA EXIF

0
614
kredit gambar pixabay.com

Menurut liputan dan kenyataan akhbar Wieduwilt’s dan German Photographers Association Freelens, salah seorang ahli mereka Rainer Steußloff yang berpangkalan di Berlin, telah memfailkan saman terhadap Facebook kerana secara automatik pelucutan data EXIF (khususnya standard IPTC) dari imej/gambar apabila mereka memuatnaik ke rangkaian sosial tersebut.

Steußloff berhujah bahawa amalan ini melanggar Undang-undang Hakcipta Jerman, dan Facebook adalah terikat untuk berhenti melakukannya. Dalam keputusan pada 9 Februari, mahkamah bersetuju; dan kerana ia telah enam bulan dan Facebook telah tidak mencabar undang-undang tersebut, oleh itu penghakiman adalah muktamad.

Peraturan ini adalah khusus kepada Jerman-kerana undang-undang negara tersebut melindungi “maklumat yang diberikan oleh jurugambar bagi melindungi hak cipta mereka” tetapi ia boleh membawa kesan yang meluas kepada dunia. Facebook kini terikat dengan undang-undang Jerman untuk mengubah mekanisme memuat naik atau mereka boleh didenda sehingga 250,000 Euro setiap kali jurugambar Jerman mendakwa mereka dengan alasan ini.

Keputusan ini menjadi precedent atau penetap bagi kes-kes lain, memandangkan Facebook bukanlah satu-satunya perkhidmatan dalam talian yang membuang data EXIF bagi muatnaik imej di talian.