JOM SERTAI ALPHA PHOTO COMPETITION WORKSHOP

0
1603

Anda rasa bosan dan ingin mencari rakan-rakan baru dalam dunia fotografi? Jom sertai Alpha Photo Competition Workshop yang dianjurkan bersama oleh pihak Sony Malaysia dan juga Studio Zaloon pada 16 Oktober 2016 bertempat di Suria Hill Country House, Janda Baik, Bentong Pahang.

KENAPA PERLU SERTAI?

Program satu hari ini amat padat yang mana pelbagai aktiviti akan diadakan selain pertandingan fotografi. Untuk program ini, pada sebelah pagi akan diadakan bengkel fotografi oleh Barry Ong dan Azman Karib Ibrahim. Juga penampilan istimewa daripada juruvideo terkenal iaitu Rosli Mohamed daripada CST Production. Pertandingan akan diadakan pada sebelah petang yang bertemakan portrait dan fotografi pemandangan (landscape). Anda boleh lihat maklumat lanjut acara program seperti gambar di bawah.

211944_d038ec3d0cea4bbfaf225bb9b0d723de-mv2_d_2362_5906_s_2

Yang menarik ianya adalah percuma, kami ulangi PERCUMA dan pihak kami dimaklumkan sekiranya anda balik dan tidak menang pertandingan pun akan menerima hadiah saguhati. Wow berbaloi tu dah la percuma, balik daripada program dapat hadiah dan anda juga akan menerima sehelai baju t-shirt dan topi G Master.

Pihak penganjur pun ada sediakan bas PERCUMA untuk mereka daripada Kuala Lumpur. Kami dimaklumkan, bas disediakan sebanyak 7 buah dan bagi mereka yang ingin menaiki bas boleh berkumpul di depan Studio Zaloon, Plaza Pudu pada pukul 7.00 pagi.

SIAPA BOLEH SERTAI?

Siapa-siapa sahaja yang boleh sertai walaupun anda bukanlah mempunyai kamera jenama Sony. Apa-apa sahaja jenama kamera boleh sertai. Tiada alasan untuk anda berkata, ala tu untuk orang Sony je.

BAGAIMANA UNTUK SAYA SERTAI?

Berminat nak sertai, anda boleh terus mendaftar butiran diri anda di link ini : http://www.studiozaloon.com/workshop-register 

Dah daftar apa nak buat lepas tu? Kami dimaklumkan anda akan menerima email daripada pihak penganjur bagi makluman program tersebut. Namun jika anda ada pertanyaan lanjut boleh hubungi pihak penganjur di talian 03-2110 1188, 012-673 0686, dan 012-2291 3886 atau melalui Facebook Studio Zaloon.