JOM KENALI PENURAS (FILTER) UNTUK FOTOGRAFI PEMANDANGAN

0
784
kredit gambar : wikipedia

Dalam fotografi pemandangan, filter atau dipanggil penuras dalam bahasa melayu sangat penting.  Filter ini berfungsi untuk menyekat cahaya masuk, mengimbangi dedahan cahaya dan lain-lain. Di bawah ini beberapa filter yang selalu digunakan oleh jurugambar fotografi pemandangan dalam menghasilkan sekeping gambar pemandangan yang cantik. Terdapat dua jenis bentuk filter iaitu bulat atau segiempat. Sekiranya menggunakan filter berbentuk segiempat perlu meletakkan pemegang filter di hadapan lensa kamera anda.

100mm-150mm-Camera-font-b-lens-b-font-font-b-Filter-b-font-ND2-4-8

ND (NEUTRAL DENSITY)

– berfungsi untuk menyekat cahaya masuk.
– Kegelapan ND bergantung kepada f-stop contoh seperti
a) ND 2 : 1 stops
b) ND 4 : 2 stops
c) ND 8 : 3 stops
d) ND400 : 8 stops
e) ND1000 : 10 stops (atau dikenali sebagai big stopper)

Kegunaan filter ND

A) ND 8 (3 stops)
-biasanya digunakan sejurus matahari terbit. Kebiasanya shutter akan mendapat bacaan 30s hingga 1 minit bergantung pada bukaan aperture dan ISO.Selepas matahari mula memancarkan cahaya, ND8 akan dilapik sekeping lagi, so skang ada dua keping (3 stop + 3 stop : 6 stop). Pada waktu inikebiasaanya shutter akan mendapat bacaan 30s – 1min berdasarkan pada bukaan aperture & ISO.

B) ND 400 (8stops)
– digunakan ketika matahari sudah terik, bacaan shutter akan bertukar menjadi 1min-4min berdasarkan pada bukaan aperture & ISO

C) ND1000 (10stops)
– banyak digunakan untuk shoot ketika waktu tengahari

 

kredit foto : bhphotovideo.com
kredit foto : bhphotovideo.com

GND (Gradual Neutral Density)
GND berfungsi untuk mengimbangi exposure antara atas dan bahagian bawah lanskap. Penggunaan bergantung kepada berapa banyak dedahan cahaya yang ingin disekat. Kebiasaanya ramai yang menggunakan GND 8 untuk mengimbangi dedahan cahaya dengan mengawal turun naik filter.

Kebiasaannya gabungan antara GND dan ND biasa digunakan bersama. Ianya bergantung kepada dedahan cahaya di sesuatu tempat ingin merakam gambar.

download (1)
CPL (Circular polarizer/linear)
CPL digunakan untuk membuang refleksi dan silau. Penggunaan paling efektik CPL adalah semasa side light(cahaya tepi) dan kedudukan kamera 90 darjah dari matahari.

 

Dalam pemilihan untuk membeli filter, filter yang mahal memang memberikan kualiti gambar yang baik. Bukan tidak boleh menggunakan filter yang tidak berjenama atau orang panggil cap ayam, namun kebiasaannya filter jenis sebegini akan menghasilkan magenta color cast dekat langit apabila filter ND dan GND ditindan bersama. Selain LEE Filter yang agak mahal harganya, anda juga boleh dapatkan filter Raymaster yang juga mempunyai kualiti baik setanding dengan LEE filter namun boleh didapati dengan harga yang berpatutan.