TANAH TUMPAH DARAHKU – TIMELAPSE MALAYSIA PALING CANTIK

0
1929

Ini adalah hasil video timelapse Malaysia paling cantik yang pernah kami lihat. Timelapse Tanah Tumpah Darahku adalah karya kompilasi video timelapse Malaysia yang dihasilkan oleh anak muda yang berbakat besar, Hafidz Abdul Kadir. Kompilasi video ini dihasilkan melalui footage kembara beliau sepanjang tahun 2015 dan 2016.

Timelapse ini terhasil untuk dipamerkan sempena pameran fotografi landskap yang sedang berlangsung dari 15 Oktober hingga 15 November 2016 di Balai Seni Lukis Melaka.  Anda boleh lihat lagi portfolio video timelapse yang sangat menarik dan hebat Hafidz Abdul Kadir  di akaun Vimeo beliau.

Nota : pihak kami telah mendapat keizinan daripada pihak Hafidz Abdul Kadir untuk penyiaran video ini.