Sesetengah perniagaan menggunakan foto yang mempunyai ” watermark daripada galeri agensi fotografi stok pada saluran media sosial dan catatan blog mereka dan ada dalam beberapa kes menggunakan di halaman web mereka dan bahan bercetak. Jika anda menggunakan imej tersebut pada mana-mana bahan pemasaran anda, digital atau cetak, tanpa kebenaran bertulis daripada pemegang hak maka anda sebenarnya telah melanggar hak cipta imej atau foto tersebut.

Sebenarnya, ramai yang tidak menyedari peraturan hak cipta dan tidak tahu bahawa mereka telahpun melanggar undang-undang. Walau bagaimanapun, jika anda berada di mahkamah, maka anda memberikan permohonan kenyataan bahawa “Saya tidak tahu ia adalah salah!” Ianya mungkin tidak akan berfungsi sebagai strategi pertahanan anda apabila disaman.

Sekiranya pihak agensi stok foto ini mendapati anda telah menggunakan foto mereka tanpa kebenaran, mereka boleh menyaman anda kerana pelanggaran hakcipta (infringement copyright). Ada sesetengah kes di mana agensi tersebut terus menghubungi anda untuk anda membayar penyelesaian perlanggaran dalam jumlah nilai jualan foto tersebut, dan anda tidak boleh mengabaikan notis ini walaupun melalui emel. Kerana apabila anda mengabaikannya, mereka boleh menghantar notis saman sehingga beribu USD kerana sekeping foto untuk kes tersebut.

Saya menggunakan foto yang saya dapati melalui carian Foto Google. Sekiranya ia di internet, tidakkah itu bermakna ia percuma?

Tidak. Hanya kerana foto di dalam internet, itu tidak bermakna foto itu bebas untuk digunakan. Anda masih memerlukan lesen yang betul untuk menggunakannya. Terdapat perbezaan di antara foto dalam talian dan foto yang “dalam domain awam” (istilah yang diberikan kepada kandungan yang tidak dimiliki atau dikawal oleh sesiapa sahaja).

SAYA TIDAK MAMPU MEMBELI FOTO STOK

Ayat ini biasa didengari iaitu “Saya tidak mampu untuk membeli foto di agensi fotografi stok”. Sebenarnya terdapat banyak perpustakaan fotografi stok di luar sana yang mempunyai imej percuma yang boleh anda gunakan secara komersial, anda hanya perlu mencarinya di Google.

Di bawah ini kami senaraikan halaman web yang menawarkan foto stok secara percuma. Walau bagaimanapun, apabila laman web sering dikemaskini, kami cadangkan anda mengambil sedikit masa untuk menyemak garis panduan penggunaan foto mereka. Walaupun foto bebas untuk digunakan, beberapa halaman web memerlukan anda untuk meninggalkan akreditasi yang memperincikan sumber foto, jadi sila periksa dan patuhi peraturan.

Pixabay.com
Picjumbo.com
Libreshot.com
Stocksnap.io
Pexels.com
Isorepublic.com
designerpics.com
realisticshot.com
splitshire.com
foodiesfeed.com
unsplash.com
gratisography.com
kaboompics.com
fancycrave.com
stockphotos.io
lifeofpix.com
startupstockphotos.com
nos.twnsnd.co
jaymantri.com
travelcoffeebook.com
picography.co
albumarium.com
stokpic.com
goodfreephotos.com
photos.bypeople.com
4freephotos.com
adigitaldreamer.com/gallery
bajstock.com
bigfoto.com
freeimages.co.uk
deathtothestockphoto.com
freenaturestock.com
animalphotos.info
free-photo-frames.com
dummyimage.com