Berbeza dengan kebanyakan genre fotografi, fotografi “Still Life” memerlukan dua tahap komposisi: mengarang bingkai anda, dan mengarang prop anda. Yang terakhir ini biasanya dipanggil foto gaya, dan video pendek ini menawarkan tiga tip-tip mudah untuk meningkatkan permainan foto gaya anda.

Video ini telah dicipta oleh siaran YouTube Mango Street Lab, dan di dalamnya jurugambar Daniel Inskeep, Rachel Gulotta, dan anjing Carlton kongsikan tiga tip-tip asas mereka yang anda akan mahu memberi perhatian kepadanya jika anda berminat menceburi genre fotografi “Still Life” ini. Mari kita lihat video diatas untuk mengetahui tip-tip yang bakal dikongsi atau rujuk ringkasan dibawah untuk memahaminya.

1. Perspektif

01

3 perspektif yang paling biasa untuk dipilih adalah: neutral, sudut 45 ° , dan pandangan burung ataupun “lay flat”. Tidak semestinya lebih baik daripada yang lain, tetapi ketiga-tiga seharusnya berada di dalam perkakasan gambar gaya anda.

 

2. Melangkaui Bingkai

02

Salah satu kesilapan yang paling biasa amatur buat apabila menggayakan gambar Still Life (terutamanya lay flat) adalah mengandungi segala-galanya di dalam bingkai. Dengan melangkaui bingkai, Inskeep mendakwa anda “membuat penonton berasa seperti mereka diajak kepada di sudut kecil tempat kejadian yang lebih besar dan lebih menarik.”

 

3. Garis Lurus vs Lengkung S

03

Otak kita sering kali menetapkan perasaaan dan jantina kepada geometri, memjadikan garis lurus dan keras berasa lebih maskulin dan agresif, manakala Lengkung S dan bentuk bulat berasa lebih feminin dan mesra. Jadi anda harus membuat keputusan apa jenis “feel” yang anda mahu dalam imej anda dan gaya props anda untuk dipadankan.