100 TAHUN EVOLUSI ANIMASI GERAK PEGUN (STOP-MOTION) HANYA DALAM MASA 3 MINIT

0
681

 

Seni dan teknologi gerak pegun telah banyak berevolusi sejak
seabad yang lalu.

Sudahkah anda melihat animasi gerak pegun terkini iaitu Kobu and
the Two Strings? Ia boleh dikatakan antara animasi gerak pegun yang terbaik pernah saya lihat. Tahukah anda animasi gerak pegun telah mula dicipta sejak 1900 lagi. vugar Efendi, seorang pembikin filem telah membikin sebuah Supercut yang menarik tentang sejarah animasi gerak pegun selama 100 tahun dalam masa 3 minit, mari kita lihat dan terpegun dengannya!

 

stopmotion
Walaupun animasi gerak pegun ini telah wujud sejak seabad yang lalu. Nama pertama yang selalunya muncul apabila gerak pegun disebut ialah Ray Harryhausen, beliau adalah protege kepada Willis O’Brien, seorang animator yang telah menghidupkan King Kong pada tahun 1933. Beliau bukan saja menganimasikan Jason and The Argonauts dan The 7th Voyage of Sinbad, malahan beliau juga telah mencipta teknik animasi bernama “dynamation”, yakni merakam model-model didepan skrin projektor belakang, untuk mengabungkan
ia didalam rakaman secara langsung bersama pelakon di set pengambaran.

 

 

 

Animasi gerak pegun hanyalah menjadi kesan khas buat beberapa tahun dahulu. Ia digunakan untuk adegan adegan di latar belakang sesuatu filem sepeti Imperial AT-AT Walkers didalam Star Wars, Ulat Sandworm didalam Beetlejuice dan juga ED-209 didalam RoboCop.

Tidak sehingga tahun 90an animasi gerak pegun mula berada di tengah-tengah perhatian. Filem pendek Wallace and Gromit: A Grand Day Out adalah salah satu filem penuh animasi gerak pegun, begitu juga dengan filem pelik The Secret Adventures of Tom Thumb yang turut menjadi filem penuh animasi pegun pertama.

 

the-nightmare-before-christmas-jack-skellington
Walau bagaimanapun, tidaklah sehingga filem The Nightmare Before Christmas yang benar-benar menunjukan potensi sebenar animasi gerak pegun kepada penonton. Filem ini telah diarah oleh Henry Selick, dengan bajet USD 18 juta telah diberikan oleh Touchstone untuk produksi filem ini. Bukan sahaja filem ini mendapat pendapatan kasar sehinggah USD 70 juta, tetapi ia turut dicalonkan untuk Academy Award untuk Kesan Khas Terbaik dan telah memulakan gelombang animasi gerak pegun seterusnya dengan filem oleh Selick sendiri yang bertajuk James and the Giant Peach dan Corpse Brida.

 

maxresdefault
Kini Selick telah menjadi penyelia pengarah untuk Laika Studio, pada tahun 2009 dia telah mengarah Coraline. Dan walaupun beliau telah meninggalkan studio Laika, studio itu masih menjadi antara pemain terbesar bagi industri animasi gerak pegun. Animasi terkini mereka ialah Kubo and the Two Strings, yang telah diarah oleh Travis Knight.