Pada 19 September 2016 pada waktu pasific, GoPro akhirnya bakal mengumumkan kamera drone Karma yang dinanti-nantikan oleh peminatnya. Tetapi sebelum itu mari kita saksikan sedikit gambaran kecil drone itu didalam video teaser dibawah ini.

Video rakaman udara berkenaan menunjukkan sekumpulan penunggang basikal gunung sedang turun laju dari gunung. Pada kira-kira 15 saat kita dapat melihat sebuah drone meluncur laju dari kanan frame video terbang ke latar belakang sebelum skrin menjadi gelap.

spot

 

Walaupun kita tidak dapat melihat dengan jelas dan terperinci akan kamera drone Karma itu. Apa yang dapat kami lihat dari teaser pendek ini ialah;

  1. Drone ini kelihatan seperti quadcopter dengan lampu berwarna dibawah rotornya. 
  2. Kelihatan mempunyai rekaan yang nipis dan anggun.
  3. Drone ini kelihatan seperti mempunyai kelajuan terbang yang tinggi.

Apa pun mari kita tunggu pengumuman rasmi dan pendedahan penuh dari GoPro pada awal pagi esok!