GAMBAR TIDAK SAMA APABILA MUATNAIK DI FACEBOOK?

0
445

Anda pernah menghadapi persoalan kenapa gambar yang saya muatnaik di laman sosial seperti Facebook ataupun laman web sendiri tidak sama seperti yang anda telah proses di dalam aplikasi penyuntingan Adobe Photoshop dan lain-lain. Perkara ini boleh terjadi disebabkan oleh dua perkara;

KALIBRASI SKRIN MONITOR

Kalibrasi skrin monitor anda tidak betul di mana ianya mungkin terlebih biru atau merah. Kebanyakan skrin monitor bagi komputer riba ataupun desktop berorientasi platform Windows mempunyai masalah seperti ini. Bukan saya ingin katakan Macbook keluaran Apple itu bagus, namun kebanyakan skrin monitor di Macbook mempunyai reproduksi warna yang baik yang mana ianya tidaklah terlalu kebiruan ataupun kemerahan di skrin monitor. Perkara ini boleh dibetulkan dengan menggunakan aplikasi kalibrasi skrin monitor seperti Spyder dari Datacolor dan lain-lain.

Kredit gambar : Fstoppers.com
Kredit gambar : Fstoppers.com

TIDAK MENUKAR GAMBAR KEPADA FORMAT SRGB

Bagi permukaan halaman web, aplikasi permainan video menggunakan format warna SRGB. Sekiranya anda terlupa untuk menukarkan format RGB kepada SRGB semasa proses akhir penyuntingan ianya akan membuatkan gambar anda kelihatan kusam, gelap dan tidak sama seperti yang anda suntingkan dalam applikasi tersebut.

Untuk memastikan warna yang rgb anda muncul sama dalam media sosial mahupun di halaman web anda, anda boleh menggunakan setting di bawah ini untuk applikasi Adobe Photoshop.

PhotoshopColorSpace

Anda boleh pergi ke menu > Edit > Convert to Profile.