“World Palm Portraits Photography Competition” adalah pertandingan fototografi yang dianjurkan oleh Lembaga Minyak Sawit Malaysia yang kini telah memasuki tahun keempat penganjurannya dan terbuka kepada peminat fotografi amatur dan profesional. 5 kategori dipertandingan iaitu Black & White, People & Portraits, Nature & Wildlife, Food & Products, dan Fine Art & Photo Manipulation.
Pertandingan musim keempat ini telah dijurikan oleh Che’ Ahmad Azhar, Shamshahrin Shamsudin dan Kevin Wy Lee. Di bawah ini adalah gambar-gambar pemenang pada tahun 2016 dan pada yang ingin memasuki pertandingan ini ianya akan dibuka kembali pada tahun 2017. Hanya 8 pemenang sahaja yang dipilih dan bagi kategori Food & Products tiada pemenang kerana tidak menepati kriteria penghakiman. Untuk maklumat lanjut mengenai pertandingan ini boleh layari halaman web mereka : http://www.palmportraits.com.my/.
Nota : Gambar di atas adalah dengan ihsan dan kebenaran daripada pihak penganjur.