GAMBAR GOPRO KARMA TELAH TERTIRIS?

0
673

GoPro mungkin secara tidak sengaja mendedahkan kamera drone karma mereka. Syarikat itu mengumumkan awal minggu ini bahawa ia dijangkakan akan melancarkan pesawat itu buat kali pertamanya pada pertengahan bulan ini. Gambar pratonton ini telah dipamerkan di beberapa laman sesawang beberapa syarikat di Eropah, namun telah dikeluarkan dari laman sesawang mereka.

 

Untitled-1

 

GoPro bakal mengadakan pelancaran drone ini pada 19 september bagi mempamerkan kamera drone itu dan mungkin juga mereka bakal perkenalkan kamera aksi Hero5. Gambar berkenaan telah tertiris dilaman web Perancis, Itali, Sepanyol dan Jerman. Ia mempamerkan quadcopter berwarna hitam dan putih, terdapat pautan pada gambar itu yang terus menghubungkan kepada laman rasmi Karma.

 

TERTIRS

 

Laman itu turut menunjukkan penstabil kamera yang pernah diumumkan sebelum ini, namun pautan pada gambar itu hanya memhubungkan pada laman ralat 404.

Ini bukan pertama kali pihak GoPro tertiris maklumat tentang produk terbaru mereka. Pada Ogos lepas, beberapa gambar kamera Hero5 telah tertiris, kemudian diikuti dengan buku panduannya, yang memperlihatkan maklumat tentang servis storan awan terbaru syarikat itu, iaitu GoPro Plus.

Apa pun kita dapat mengesahkan kesahihan gambar ini pada 19 septembar nanti dipelancaran rasminya.