Lampu Broncolor Siros L yang terbaru yang berkuasakan battery adalah edisi terbaru didalam siri lampu Broncolor Siros.

Broncolor telah diasaskan pada tahun 1958 (Bron & Co pula pada 1948), Ia adalah antara
pengeluar tertua untuk lampu kilat di dalam dunia. Mereka telah memperkenalkan monoblock pertama dunia, dah sejak itu telah menjadi arus perdana di dalam industri fotografi. Broncolor adalah perniagaan keluarga , yang berpangkalan di Switzerland di sempadan Jerman.

Motto pengasasnya adalah “Dia tidak mampu untuk membeli murah” – yang bermaksud, jika anda membeli produk murah, maka anda perlu berbelanja lebih untuk menggantikannya apabila ia rosak. Produk broncolor adalah buatan tangan di Switzerland, dan produk broncolor masih boleh berfungsi sehingga 30-40 tahun, tanpa sebarang masalah.

 

_DSC8123

 

Broncolor Siros L adalah sama seperti siri Siros yang sebelum ini, tetapi kini ia telah
mengunakan bateri daripada mengunakan pek kuasa untuk siri sebelum ini. L di dalam namanya bermaksud Lithium untuk bateri Lithium. Siros L adalah serasi dengan semua model lain dari keluarga Siros dan juga aksesori Broncolor, dan pengeluaran warna daripada ia adalah sesari dengan produk Broncolor yang lain. Binaan Siros L yang berkualiti dan bergaya masih dijaga seperti produk Siros yang asal.

Siros L adalah bateri monoblock yang paling kuat di pasaran. Terdapat dalam 800j dan 400j , dengan unit 800 yang secara fizikal lebih besar ( lebih lama) daripada 400. Spesifikasi
lainnya adalah seperti berikut :

  • Flash suhu pada 5500k
  • 25w lampu led modelling, tungsten diseimbangkan pada 3000k

 

_DSC8125

 

Bateri:

Bateri lithium memberikan 440 kelipan (flashes) pada kuasa penuh (220 shot pada Siros L 800). Bilangan kelipan menjadi dua kali ganda setiap kali anda menghidupkan kuasa cahaya ke bawah 1 stop . Bateri boleh dicas penuh dalam masa 75 minit sahaja. Bateri mempunyai 3 lampu status yang terletak di atas, supaya anda boleh melihat hayat bateri yang tinggal.
Penggantian atau bateri litium lebihan boleh dicas untuk Siros L dan pengecasan luaran boleh
dilakukan dengan pengecasnya yang tersendiri. Mod menembak Eco dapat melambatkan masa kitaran kelipan , dan memberikan lebihan 30% kelipan.

 

_DSC8122

 

Kelajuan:

Flash ini akan menembak pada kelajuan sehingga 1 / 19000s ( t0.5 ), dengan catatan masa 0.03s kitar semula untuk 1.2s (bergantung kepada kuasa). Urutan sehingga 50 kelipsn adalah satulagi pilihan yang boleh dengan mudah disediakan dari butang kawalan di belakang monoblock itu. Siros L ini tidak mempunyai mod HSS (High Speed Sync Flash) , apabila digunakan dengan pencetus (trigger) pihak ke-3 (seperti Yongnuo ) tetapi broncolor telah membangunkan satu pencetus baru yang juga akan menyokong fungsi ini yang mempunya HSS berfungsi sehingga 1 / 8000s.

Aksesori kos rendah turut disediakan untuk siri Siros ini, dan ia turut mempunyai soket USB
untuk kemas kini firmware pada masa depan. Terdapat 5 pilihan warna pada LED atas, supaya anda cepat boleh mengenal pasti setiap cahaya. Siros L dilengkapi dengan pemegang pengapit baru yang lebih mudah untuk dikunci , berbanding dengan Siros yang asal, dan terdapat pemegang payung baru.Tetapi monoblock Siros L tidak didatangi dengan kaki(stand) sendiri.

broncolor-siros-3-600x799

 

Applikasi kawalan Wi-Fi Broncolor:

Siros mempunyai rangkaian Wi -Fi tersendiri, dan kemas kini masa depan akan membolehkan unit Siros untuk untuk menyertai rangkaian Wi -Fi yang sedia ada. Aplikasi ini mempunyai butang siap sedia untuk menghidupkan semua lampu kepada siap sedia, supaya anda tidak perlu pergi ke setiap lampu dan menukar mereka kepada siap sedia. Aplikasi ini juga akan dikemas kini dengan ciri-ciri baru, dan aplikasi ini adalah percuma . Anda boleh mengawal sehingga 5 lampu untuk setiap studio.

Siros L sesuai untuk:

  • Fotografi kecantikan dan fesyen – terutamanya dengan penggunaan softbox atau payung
    parabola.
  • Fotografi sukan dan aksi – flash berkelajuan tinggi dan mod quick rapid fire amat
    bersesuaian untuk aksi dan sukan berkelajuan tinggi.
  • Fotografi komersial dan produk – dengan pengeluaran warna yang sekata, syarikat-syarikat
    boleh menjimatkan jam dengan tidak perlu mewarnakan kembali setiap imej pada warna yang betul. Hanya tetapkan warna yang betul untuk tangkapan pertama dan applikasikan ia semula pada tangkapan yang lain.
  • Fotografi perkahwinan – kuasa daripada bateri dapat memberi mobiliti pada jurugambar untuk membawanya ke lokasi.

Harga:

  • Siros L 400 Wi-Fi / RFS 2.1 dengan Protective Glass = rm 5,829.00
  • Siros L 800 Wi-Fi / RFS 2.1 dengan Protective Glass = rm 7,336.00

Terdapat pelbagai lagi pakej untuk Siros L ini. Ia boleh didapati di Eng Tong System Sdn. Bhd. pengedar rasmi untuk barangan dari Broncolor di Malaysia.

Hasil gambar:

Gambar ini dihasilkan menggunakan pencahayaan Siros L yang diambil oleh jurugambar Muhammad Zamir semasa pelancaran produk ini pada 25 Ogos 2016 yang lalu. Untuk melihat lebih banyak lagi hasil karya Muhammad Zamir dengan produk ini anda boleh ke laman Instagram beliau.

broncolor2