Mengambil gambar kelihatan cukup mudah. Halakan kamera anda pada subjek dan klik.

Tetapi pengawalan cahaya dalam merakam foto adalah sukar. Dan satu-satunya cara untuk mengawal ia dengan kamera anda adalah untuk menguruskan tiga perkara: aperture lensa, kelajuan pengatup (shutter speed), dan sensitiviti sensor (ISO). Bagi newbie dalam fotografi pasti telah mendengar mengenai ketiga-tiga perkara ini yang dikenali juga sebagai Segi Tiga Dedahan (Exposure Triangle).

Latihan merakam foto adalah satu-satunya cara untuk menguasai keseimbangan ketiga-tiga perkara tersebut. Jika anda terlalu malas untuk keluar dan menembak seribu keping foto buruk, simulator kamera ini paling sesuai untuk anda.

photography-mapped

Photography Mapped dicipta oleh Simon Roberts, animator dan pereka berpangkalan di London. Ianya adalah percuma dan anda boleh mencubanya di laman web beliau di Photography MappedAlat animasi tidak kompleks seperti mendail butang istimewa pada badan DSLR.

Memerhatikan Slider Pendedahan di sebelah kanan yang meniru meter pendedahan kamera. Tidak seperti banyak simulator dalam talian lain, anda juga boleh menggunakan segi tiga pendedahan kepada kreatif mengawal gerakan kabur dan Depth of Field dan dalam masa yang sama meminimumkan gangguan imej (noise). Terdapat tetapan Auto juga, tetapi untuk benar-benar memahami keseimbangan ketiga-tiga perkara anda harus mengelakkan penggunaan auto. Atau, anda mungkin hanya menggunakannya untuk melihat bagaimana kamera mengira rakaman yang sempurna untuk dirinya sendiri.

Kalau tanya pada kami, latihan rakaman foto di luar lebih baik daripada anda duduk sahaja tengok animasi ini. Animasi ini baik untuk pemahaman namun harus juga latihan di luar untuk kemahiran foto lebih baik.