Rakaman dalam dalam format 4k adalah suatu kegemaran juruvideo hari ini. Walau bagaimanapun, sebahagian besar juruvideo dan kebanyakan pelanggan mereka tidak akan menggunakan TV atau monitor yang mampu memaparkan resolusi 4K, jadi mengapa harus kisah dengan rakaman video 4k? Peter McKinnon menerangkan bagaimana anda boleh menggunakan saiz video yang besar secara kreatif dan memberi beberapa tips, seperti bagaimana rakaman video  4K boleh diturunkan ke sampel 1080p kelihatan lebih baik daripada rakaman video menggunakan format 1080p.

Sebab untuk merakam Video 4k

1. Down-sampling dari 4k kepada 1080p mempunyai warna dan kontras yang lebih kaya. Pada dasarnya ia memegang lebih banyak data dalam rakaman dan menjadikannya lebih menarik.
2. Anda boleh menggunakan 4K sebagai kamera kedua. Anda boleh cropping rakaman anda untuk lebih fokus kepada subjek anda untuk mencipta kesan kamera kedua.
3. Anda boleh pan video dari kiri ke kanan dengan memberikan kesan yang sama seperti menggunakan dolly atau slider dan meningkatkan nilai pengeluaran video anda.

Kami tidak pernah membandingkan video Down-sampling 4k dengan 1080p biasa tetapi pasti akan menggunakan proksi ini pada masa akan datang untuk rakaman 4k yang lancar lancar pada kamera. Nasihat kami  luangkan masa dan terokai kaedah ini dengan video yang sedang anda sunting.