Saya mula menggunakan Kamera jenama Sony sejak pada penghujung tahun 2009. Bermula dengan kamera Sony A330, kemudiannya saya beralih kepada kepada kamera Sony A700, A77, Nex 5N, RX100 dan terbaru sekali kamera Sony A6000. Diantara kesemua siri ini, yang paling saya gemari adalah kamera Sony A6000 dengan adanya aplikasi yang terbina didalamnya. Jom saya ceritakan.

Aplikasi Smooth Reflection

Aplikasi Smooth Reflection ini boleh dibeli daripada PlayMemories Camera Apps dengan harga RM 16.99. Secara personalnya, ianya memudahkan kerja-kerja fotografi saya dalam merakam foto genre landscape terutamanya.

Dengan aplikasi ini, saya boleh merakam foto long exposure dengan kombinasi wide angle lens Sony 10-18mm tanpa menggunakan apa jua ND filter. Aplikasi tersebut yang didatangi dengan enam (6) tema pilihan iaitu Twilight Reflection, Water Flow, Silent, Smoke Haze, Monotone dan Custom ini boleh dipilih bergantung kepada keadaan situasi foto yang ingin dirakam. (lihat video di atas mengenai applikasi ini)

Smoothing pula adalah setting yang dipilih bagi memastikan berapa banyak imej yang
kamera perlu ambil sebelum ianya digabungkan sekali menjadi satu imej atau foto. Ia juga
penting bagi menentukan berapa smooth awan atau air yang diinginkan.

Yang paling penting, hasil akhir imej yang dihasilkan adalah dalam fail format RAW (setting iniperlu disetkan terlebih dahulu), sungguh mengkagumkan. Foto di dalam artikel ini adalah antara foto yang saya ambil menggunakan sepenuhnya dengan aplikasi Smooth Reflection  dan sedikit suntingan menggunakan perisian Adobe Lightroom serta Adobe Photoshop.

Arktikel oleh Zanariah Salam